Pages

31 May 2012

Solat Qasar & Jamak..


Okla, kali ni post saya berkenaan solat qasar dan jamak yang biasanya saya lakukan bila berjalan jauh terutamanya bila balik kampung... Sebab selalu lupa, so saya cuba la mengupload di blog saya ni supaya senang untuk saya cari bila2 sy lupa...heheh...
Cara Mengerjakan Solat Qasar dan Jamak

Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
 
Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.


30 May 2012

Waktu Terbaik Minum Air Masak


1. Sebelum tidur-Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok. Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.
2. Bangun tidur-Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita.
3. Sebelum mandi-Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.
4. Sebelum makan-30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Takdelah terkejut beruk nanti. Huhu...


29 May 2012

15 Perkara Yang Mengakibatkan Datangnya Bencana

1. Menganggap kekuasaan sebagai suatu perniagaan mencari keuntungan.
2. Menganggap amanah seperti ghanimah (harta rampasan perang).
3. Menganggap membayar zakat adalah merugikan.
4. Lelaki atau suami tunduk kepada isterinya.
5. Anak derhaka kepada ibunya.
6. Anak lebih taat kepada kawannya berbanding kepada orang tuanya.
7. Anak membenci ayahnya.
8. Ramai orang menjerit-jerit di dalam masjid.
9. Pemimpin adalah orang yang rendah budinya.
10. Orang ditakuti kerana kejahatannya.
11. Minuman arak berleluasa.
12. Ramai orang memakai sutera.
13. Penari wanita berleluasa.
14. Muzik dimainkan di merata-rata tempat.
15. Umat Islam pada hari ini mengutuk umat terdahulu termasuk para sahabat , tabiin dan imam.

Maka pada saat itu, tunggulah datangnya azab termasuk angin merah, gempa bumi, tanah runtuh dan kemusnahan." (Hadis Riwayat Tirmizi)

27 May 2012

My Pokkits pocket...


haa....dpt tau cerita pasal pokkits ni dr paper berita harian dekat ofis yang promosinya hanya seminggu dari 23-27 may 2012...cadang2 memang nak mencuba sementelah harganya pun agak mesra poket...hehe...tp lagi mesra sbb saya makan ade org belanje (jangan jelezz)...kami mencubanya selepas penat kaki masing2 melapangkan diri melihat Perhimpunan Sejuta Belia yang diadakan di Putrajaya...kiranya hari last promosi tersebutla...memang sedap jugakla terutamanya kami yang tengah kelaparan waktu itu...So, x rugila dengan harga promosi RM 2.60...sbb kita x tau lg harganya selepas promosi sama ada double atau triple...harap2 tidakla sampai membebani pelanggan...tp hati2 la ye masa makan sbb benda2 kt atas pokkits tu senang tumpah...so, masa sy mkn memang bersepahla mcm budak kecik...heheh...ape2 pun yg penting kami dh cuba...anda bila lg???hehe, tp dh abis promosi daa...kta sama2 tggu je kemunculannya nnt....zassss.....

26 May 2012

Gift dari Yana


Tiba2 rasa nak upload gambar biskut ni...gift dari yana ketika majlis perkahwinannya pada 28 april 2012 yang lalu...

25 May 2012

Origami Love




Wah, akhirnya berjaya juga aku menyiapkan origami berbentuk love ni...Jenuh jugak nak mengingat cara2 membuatnya...walaupun nmpk senang, tapi kalo sesekali je buat mmg x igtlee...So, inila hasilnya...:)

Pagi yang tenang

Assalamualaikum...
Wah, cuaca pagi ini sungguh tenang nampaknya...alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan..Pagi2 jumaat macam ni memang sesuai la dgn cuaca yang mendung ni, rasa x sabar untuk balik keje dan bercuti..hehe..almaklumla, esok hari sabtu...
pg tadi elok je pukul 5 lebih macam tu terjaga...tiba2 terdengar bunyi angin lalu dan turunla hujan lebat, tapi sekejap je..hmm...air lalu le namanya tu..hehe...sampai skrg still mendung lagi..best gak kalo smpi ptg cmni...perut pun dh kenyang makan mee dgn teh ais, wow apalagi rasa mcm nak tdo je...ki3...okla, xde ape nak cerita sgt, sesaja menghabiskan waktu keje yg dh lapang sgt ni...so, esok dh cuti...Selamat bercuti semua, gunakanlah cuti yang ada sebaiknya..kalau x silap cuti sekolah pun dah start, slmt bercuti adik2 yang bersekolah...seminggu gak la cuti kan??semoga bukak sekolah nanti membuka semangat baru..rindu plak zaman sekolah, sbb time sekolah je yang ada cuti pjg2..time koje ni dh susah dh nak cuti melainkan kalo sykt tu bapak kita yang punya...ngeh3...okla, x nak cerita pjg, stop dulu...cau cin cau...:)

23 May 2012

Hush Puppies Sales

Assalamualaikum salam penuh ceria di pagi rabu...
Harini just nak bagitau jiran sebelah ofis kite ni ade buat sales...wow, hush puppies sale, memang ramai la yang menyerbu...memang jam la dari pg smpi ke malam untuk 2 minggu ini sampai 3 jun...hoho...ditambah lagi dgn kontena2 opis kta yang memang banyak ni, bertambahla kesesakan traffic..hehe...tp nak buat mcm mana, hidup tetap perlu diterukan...eh, xde kena mengena kot....ape pun sesape terbaca post ni dan pergi ke sales tu, selamat bershopping la ye...(ntah ade ntah idak yang terbaca blog ni)...xpela, syok sendiri je la, konon2 mcm blog2 blogger2 yg hebat tu...hehe...apepun, ade aku kesah...:p

22 May 2012

Bila Hati Kata Sayang...

Cewah, tajuk x boleh blah...sebenarnya baru menghabiskan sebuah novel berjudul Bila Hati Kata Sayang...sayang ke??ehehe...Nak tau jalan ceritanya...hmm...agak sweet laa, cuma ending dia tu macam x kena sikit...hehe...tp tu pendapat saya yg membacanya...Tak nak citer panjang la..kalo nak lebih lanjut, beli la...:)

18 May 2012

Lunch dengan Mc D

Wah, harini menu makan tengah hari agak mewah dan kebaratan sikit.. Double cheese burger dengan air coke dan fries...amboii, mewah ke??...kak za belanja sebenarnya...hehe terima kasih kak za belanja sy tadi, lain kali boleh belanja lagi... kat ofis pagi tadi buatkan air teh o ais untuk hero2 kita buat keje unload kontena..sedapla kot air tu sebab tak de sape plak yang komplen...hehe..perasan sungguh...apepun hari kerja harini hampir ke penghujungnya...dah xde buat ape, membebel la sikit kt blog ni...dah lama x menulis kot..xpe2, sy akan cuba menulis kembali coretan maya saya ini...:)

17 May 2012

Demam lagi

serasanya sudah hampir dua minggu demamku masih belum habis. memang demam ni begitu sayang untuk meninggalkan ku. dengan selsema dan batuknya, memang lengkap. tapi alhamdulillah selera makan masih ada walaupun lidah ini tidak dapat berfungsi dengan baik kerana ketika makan lidahku gagal memberi rasa makanan yang dimakan. yang dapat di rasa hanyalah pedas ataupun masin. hehehe....tak kisah la, yang penting tak menyusahkan orang lain, ye tak...:)okla, lain kali sambung lagi...