Wah, harini kami merasa kek special (cewah)...Sedap kek tu, nyum2..tp memang lagi best kalau makan masa kek tu baru keluar dari peti ais...untunglee...hehe...gambar di atas adalah antara sedutan2 yang sempat dirakamkan sebelum kami menghabiskan kek tersebut...mujur ingat..kalo x, mesti korg x caye kan kami makan kek sedap sebab xde bahan bukti...huhu...Apa pun, terima kasih daun keladi kepada encik yang memberi, lain kali kami mintak lagi...hehe (best x pantun ni?) Kalau nak beli kek macam ni sila la lawati web yang saya dah link kan ni http://delectable.com.my/ ...okla, mcm banyak je entri harini...sbb tiba2 banyak je idea datang menyerang,,,okla tu...bukan senang idea nak datang dalam sehari....So, jangan jemu membaca entri saya sudah...tp, kalo jemu pun nak buat macam mana ye dak?...senang je, tutup window teruslaaa..hehehe...ape2 pun, selamat malam...Semoga tidur anda disulami mimpi2 yang indah2...:)Jom tidur... (-_-)
12 June 2012
7 Keajaiban Dunia...
Pelajar di sebuah sekolah sedang belajar mengenai “Tujuh keajaiban Dunia”. Sebelum mengajar, guru tersebut meminta murid-murid menulis 7 ajaiban dunia yang diaorang tahu, tulis atas kertas dan hantar kepadanya untuk mengetahui pengetahuan am diaorang.
Semua murid telah menghantarnya walaupun jawapannya kebanyakannya yang kurang tepat. Jawapan standard dioarang ialah Menara condong Pisa,Piramid,Grand Canyon, Taj Mahal etc
Selepas murid-murid telah menghantar, guru tersebut memerhatikan seorang pelajar yang belum menghantar kertas jawapannya.Guru itu lalu bertanya kepadanya adakah dia mempunyai sebarang masalah….
Murid itu menjawab….
“ya, sikit. Saya tidak boleh memilih kerana banyak sangat”
Guru berkata, “banyak sangat? baiklah, katakan pada kami apa yang awak ada”
Murid itu diam sejenak,kemudian membaca, “Saya fikir Tujuh Keajaiban Dunia” adalah
1. Boleh Melihat
2. Boleh Mendengar
3. Boleh Menyentuh
4. Boleh Menyayangi
5. Boleh Merasa
6. Boleh ketawa
7. dan boleh Mencintai
Kelas pun sunyi sekejap….
Renungan…..
Alangkah mudahnya bagi kita untuk dapat melihat hasil eksploitasi manusia dan kita menyebutnya “Keajaiban“. Sementara untuk semua yang telah Tuhan kurniakan kepada kita, kita menyebutnya sebagai hal “Biasa”….
Semoga hari ini anda diingatkan tentang segala hal yang betul – betul ajaib dalam kehidupan anda dan semoga kita tidak akan pernah lupa lagi akan Tujuh Keajaiban Allah dan selalu mensyukurinya.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=396565267045524&set=a.237850906250295.52821.237850119583707&type=1&theater
Kasih by Sudirman...
Bersusah payah cari lagu ni...almaklumla, biasa dengar, tapi x berapa peka dengan penyanyinya...Pada awalnya lagu ini dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman dan kemudiannya dinyanyikan oleh Broery Marantika...Tapi saya lebih suka versi asal nyanyian Allahyarham Sudirman...:) Walau apapun, semoga terhibur...
Sekarang lagu ini diberi nafas baru dan dinyanyikan semula oleh penyanyi kelahiran akademi fantasia iaitu Akim...Namun, saya masih tercari-cari dan belum jumpa lagi lagu ni dimana-mana laman web...Sekian...
Petua Memutihkan gigi :)
Dalam dok sibuk2 cari petua untuk menghilangkan sakit gigi yang melanda akibat pertumbuhan gigi bongsu yang x berapa nak bongsula ye, terjumpalah beberapa petua memutihkan gigi...hehe... Tak tau la sejauh mana keberkesanannya, tapi tak salah kalau mencuba...Mungkin ada banyak petua untuk sapa2 yang tau, tapi yang saya jumpa, inilah antaranya:
1. Hancurkan dua atau tiga helai daun lalang. Kemudian gosokkan pada gigi.
2. Bakar dua biji pinang tua yang kering hingga menjadi arang. Gosokkan pada gigi dan biarkan seketika. Kemudian cuci dengan air.
3. Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi. Amalkan selalu.
4. Kayu arang juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Tumbuk arang hingga halus. Gosokkan pada gigi.
5. Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi. Selain itu boleh juga menggunakan kulit manggis yang dibakar dan ditumbuk hingga halus. Gunakan ia seperti ubat gigi. Insyaallah gigi akan kelihatan putih berseri tanpa banyak belanja.
6. Ambil buah pinang dan bakarkan ia hingga menjadi arang, lalu tumbuk sehingga menjadi halus. Gosokkan pinang yang telah ditumbuk tadi ke bahagian gigi anda yang kekuningan atau pun hitam. Lakukan petua ini setiap hari. Anda akan dapati gigi anda akan berubah warna menjadi putih cantik.
7. Gunakan garam halus dicampurkan dengan ubat gigi.
8. Sebelum kita mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi. Gosoklah gigi dengan menggunakan SERBUK PENAIK atau lebih di kenali sebagai SODIUM BIKARBONAT terlebih dahulu. Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu dua ke tiga kali. Bukan sekadar ia mampu memutihkan gigi tetapi ia juga dapat menghilangkan PLAK yang amat memalukan dan berbau busuk.
Selamat mencuba kawan2... (^_^)
Subscribe to:
Posts (Atom)