Pages

28 February 2013

27 February 2013

Allah tidak memberi apa yang kita inginkan, tapi memberi apa yang kita perlukan...


Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..
Dia tidak memberi apa yang kita inginkan..
tapi dia memberi apa yang kita perlukan disaat yang terbaik untuk kita..

Kadang-kadang kita menangis, kecewa,kenapa Allah tak beri apa yang kita nak.. Tapi sebenarnya Allah dah tetapkan yang lebih terbaik untuk kita.

“…. Boleh jadi kalian membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.Allah Maha mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)

Jadi, jangan kecewa, bila kita terpaksa melepaskan orang yang kita sayang.. Mungkin, Allah sudah tetapkan jodoh yang lagi terbaik dari yang sebelumnya..
Sujudkan HATI dan Jiwamu ..

Semoga ALLAH memberi kita yang terbaik..
Dengan segala keindahan hati dan ketaqwaannya..

fikirkan,
Bukankah Allah swt telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah swt tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
Allah swt tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah swt berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah swt kepada kita sebagai hambaNya. "

*peringatan unt diriku khususnya dan sahabat2 amnya...


Wallahu'alam...

My Feveret lol...

Assalamualaikum....
Haiiiii......
 
Nampak x ape kat bawah ni?
Pulut kuning der....hehehe...
Sabo je la ye...
Ni feveret kot..dah lama x makan, x sangka dapat makan harini...Ape pun terima kasih Akma kerana sudi membawa pulut kuning...Nyum3...memang sedap...hehe...Xie xie ni....Sapa nak bawak lg...lai lai lai... xoxo :D

 
 

26 February 2013

Posisi Tidur menurut Islam & Sains...



Posisi tidur Menurut Islam dan Sains
 
 
Assalamualaikum.
 
 
Tidur ialah keadaan rehat yang dialami oleh setiap manusia. Posisi tidur pula ada keadaan semasa kita tidur. Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azib r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda : "Apabila kamu hendak tidur ditempat pembaringan kamu, hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu". Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadis diatas jelas menerangkan bahawa kita diarahkan untuk tidur mengiring ke kanan. Terdapat beberapa posisi tidur yang lain iaitu :
 
 
Tidur Meniarap
Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi) Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata: Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
 
 
Tidur menelentang
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngnya rahang bawah. Sepatutnya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu-bulu dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara. Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.
 
 
Tidur mengiring ke kiri
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.
 
 
Tidur yang terbaik
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
 
 
Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.
Wallahu'alam...
 
 
Sumber;
 

Istikharah...

Assalamualaikum dan slmt pg...

Dalam melalui liku2 hidup yg penuh dugaan ini kita mungkin dihidangkan dengan pelbagai ujian, peluang, harapan, impian dan pelbagai lagi yang memerlukan kita untuk memilih...
Justeru itu, untuk memastikan pilihan yang kita pilih itu adalah setepat2nya,maka kita akan berada dalam dilema untuk memilihnya... Tetapi dalam islam, Allah sentiasa ada untuk membantu kita membuat keputusan yang terbaik...Sebab itu, istikharah amat digalakkan sekiranya kita ada banyak pilihan yang baik....So, kat bawah ni ada sedikit perkongsian ilmu berkenaan solat istikharah...Semoga bermanfaat kepada kita semua...Aamiin...





Tq to Kak Zaza Jajarbinks....:)






24 February 2013

Lagu lagi...


Assalamualaikum...

Ahad baru-baru ini ada kenduri saudara di Port Disckson... Tengah syok2 makan nasi minyak kenduri, tetiba terdengar satu lagu ni dalam banyak2 lagu yang menarik perhatian...hehehe.. Balik2 apa lagi, carila lagu ini...dari Wali band berjudul "Aku sakit"...hmm...ape pun layankan je la...hehehe..
 

 
wassalam...

Layan....

 
Assalamualaikum....
 
Jom kita layan cuti2 ni....
 

 
Wassalam....


21 February 2013

MC...

Assalamualaikum wbt...

Apa kbabar semua? Semoga semua berada didalam sihat sejahtera hendaknye... Harini nampaknya sy dapat mc dari doktor... So, ape lg, balikla.. Alhamdulillah, pening2ku selama ini rupanya bukan berpunca dari darah tinggi atau darah rendah... Nak tau ape, majerin rupanye..eh, migraine la...hehehe... Doctor kata ia disebabkan stress atau berjemur ditengah panas... Tp yg pasti konpem bkn berjemur ditengah panas ye x? Rasa cm duk dlm air cond je... Hmmm... Doktor kata lg, jangan mkn susu2,coklat2,masin2.... Ishh, pasni kena study pasal migraine la plak... Sape nak tlg sy cari maklumat pasal migraine? ehehehe... Okla, nnt sy update lagi... Daaaa.....

Wassalam...

20 February 2013

150 juta - Ainan Tasneem...

 
Untuk pembaca setia blog ni..........
Jom layannnnnnnnnnn.......................
 
 

 
 
Wassalam......

11 February 2013

Sesat di bumi Kedah...

 

 



 




Assalamualaikum wbt dan selamat malam...

Masa tengah belek2 gambar lama tadi tetiba terjumpa gambar ni...Inilah gambar semasa Majlis Perkahwinan Abang Izham...Siapa sangka, nak pergi kenduri kahwen, terjumpa Ladang anggur pulak...Haa, jangan tak percaya kat Malaysia pun ada Ladang anggur, jangan ingat kat luar negara je...Alkisahnye kami jumpa ladang anggur ni pun sebab kami tersesat...Nak dijadikan cerita kami tersilap tengok peta... Jalan punya jalan konon eksyen xnak tanya orang, tetiba rasa tersangatlah jauh dan terasa seperti sudah berada di alam bunian (terlebih baca novel ni)...hehehe...tetiba kami ternampak papan tanda menunjukkan Nami, rasa macam nak masuk Siam pulak...So, kami mengambil keputusan untuk berhenti dikedai tepi jalan untuk bertanya...Nak tanya pun rasa cam takut jugak...sebab rasa dah mcm kt Siam...Tanya punya tanya rupanya kami sudah berjalan jauh kebelakang....So, terpaksalah patah balik...Alhamdulillah, kami rupanya tersalah simpang...So, alang2 kami dah jumpa Ladang anggur, singgahla sekejap untuk melihat ladang tersebut dan merasa buahnya yang fresh dari ladang...Selepas itu, barula kami meneruskan perjalanan ke rumah pengantin,,,Rupa2nya, rumah pengantin idakle jauh beno...ahaha...kelako2...Sampai je rumah pengantin, tengok pengantin x siap lagi...sabo jela...Tapi x lama lepas tu pengantin pun sampai le... Oh, nampaknye cerita ini baru diupload walaupun pengantin dah ade seorang anak...hehe...Kalo cmtu dah x relevanla nampaknya nak ucapkan Selamat Pengantin Baru...Tapi, walau ape pun, semoga kekal hingga ke syurga...Aamiin...

Wassalam...

Selamat Pengantin Baru...


Assalamualaikum wbt....

Gambar di atas adalah di sekitar Majlis Perkahwinan kawan sekolahku pada 10 Februari 2013 iaitu semalam...Hadir ditemani adik bongsu dan 3 orang 'anak'...kuang kuang kuang...Tahniah dan Selamat Pengantin Baru, Eina dan pasangannya...Didoakan semoga berbahagia sentiasa dan berkekalan hingga ke pintu syurga...

Sekian...

05 February 2013

CERITA HURUF "P"

 
Assalamualaikum...
Selamat petang......
 

Cuba korang baca kisah lawak kat bawah ni.. Terbelit lidah nak menyebutnya..

 CERITA HURUF "P"

Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking P...inggir Parit. Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh ! Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang. Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga! Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong . Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan … Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang ….. Pengetuk Paku Pulak Patah Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan Pabila Puasa … Pup …. Pelita Padam
 
 
Layannnnn........
 

04 February 2013

Rasa hatiku...

Assalamualaikum dan selamat petang... J

Tiba-tiba hatiku berdetik...
Serasa seperti tidak keruan..
Aku tidak faham...
Apa makna semua ini...

Ya Allah,
Kumohon petunjukMu...
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untukku...
Juga untuk agamaku...

Ya Allah, andai mainan perasaanku ini dusta....
Kau peliharalah hatiku...
Agar aku tabah mengharunginya...
Berikanlah yang terbaik untukku...

Aku redha Ya Allah...
Andai ini ujian dariMu...
Yang kuharap hanyalah...
Kau pinjamkan aku kekuatan...
Supaya aku juga mampu bahagia...
Menuju syurgaMu...

Ya Allah...
Bantulah hambaMu ini...
Yang lemah tiada daya...
Semoga cintaku padaMu...
Melebihi kecintaanku pada dunia ini...

Aamiin, Ya Rabbal 'alamin.

03 February 2013

Sehari bersama kawan2...

Assalamualaikum dan selamat pg semua.. Semoga semua dalam keadaan baik2 sahaja, Insyaallah...
Hajat dihati kami semalam nak tengok movie seram 'mama'  yang sedang ditayangkan dipawagam, namun hampa apabila yang tinggal hanya tayangan pada waktu malam dan petangnya pula hanya ada dalam set couple (ahaha, mmg x dptle)... So, disebabkan x dpt tgk cerita 'mama'  kami pun layan cerita 'juvana'... Pada sy not bad la... Best jugakla cerita melayu ni.. Huhu... Lepas habis je tgk kami jalan2 jap kt sunway tu, cuci2 mata.. Pastu bila rasa macam dah xde yg menarik ktorg pun ambik keputusan nak ke IOI Mall... Memang jalan sakan u.. Di situ dpt la sambar beberapa benda...huhu... So, slps seharian berjalan2, elok jam 6.30 ptg smpi le kt rumah... Malamnya plak plan nak pg mkn bege bako... Rehat2, siap2, pgla mkn bege bako plak..dekat mana? Macam biasala mkn dekat Lokas Makana, Puchong Utama, tmpt feveret ktorg...
Sape2 yg x penah tgk rupe bege bako tu, ade gmbrnye kt bawah ni... Tp, kalo nak rasa, kena pergi sana la.. X dpt sy nak bg rasa kt blog ni, dpt bg gmbr je.. Okla.. Selamat berhujung minggu semua..
Wassalam...