Pages

30 October 2012

Cuti-cuti Aidiladha...

Assalamualaikum wbt...

Belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat semua... Macam mana cuti hari raya anda semua? Semoga segalanya berjalan lancar...

So, tadi, pas masak tengahari tetiba rasa nak buat kek pandan...So, google punye google, jumpa kek pandan yang senang di buat...heheh...Alhamdulillah, menjadi kek pandannye... Nak resepi pun boleh kalau rajin nak buat... So, inilah dia...

Kek pandan pertama saya

bahan bahan
  • 1 cawan minyak jagung (sy guna minyak biasa je)
  • 1 cawan gula kastor (sy guna gula biasa je)
  • 3 biji telur
  • 1 1/3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar baking powder
  • pandan emulco/ pati pandan semulajadi. (sy guna esen je)
Cara menyediakan.
  • Campurkan gula, minyak dan telur di dalam blender. Blend samai kembang.
  • ayak tepung beserta baking powder,
  • Masukkan bahan yang diblend ke dalam mangkuk dan mula masukkan tepung+baking powder sedikit demi sedikit.
  • kacau rata.
  • Masukkan pati pandan..
  • kacau rata.
  • then bakar la. dalam oven. suhu 170 selama 40-50minit.
  • siap
Selamat mencuba...

Sekian...