Sebuah senja yang sempurna, sepotong donat, dan lagu cinta yang lembut. Adakah yang lebih indah dari itu, bagi sepasang manusia yang memadu kasih? Uda dan Dara duduk di punggung senja itu, rancak berbicara, beratus tawa gembira, lalu Dara pun mula meminta kepastian. ya, tentang cinta.
Dara : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
Uda : Kamu lah?
Dara : Menurut kamu, aku ini siapa?
Uda : (Berfikir sebentar, lalu menatap mata Dara) Kamu tulang rusukku! Ada tertulis, Tuhan melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam tidur, Tuhan mengambil rusuk dari Adam dan menciptakan Hawa. Semua lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang dan apabila menemui wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hati.”
Selepas berkahwin, Dara dan Uda mengalami masa yang indah dan manis tetapi hanya untuk seketika. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kepenatan hidup yang kian mendera. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mula menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari, menjadi kemuncak sebuah pertengkaran, Dara lari keluar rumah. Setelah tiba di seberang jalan, dia berteriak, “Kamu tak cinta aku lagi !”Uda sangat membenci ketidakdewasaan Dara dan secara spontan dia menjerit membalas “Aku menyesal kita berkahwin! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!”
Tiba-tiba Dara menjadi terdiam , berdiri terpaku untuk beberapa saat. Matanya basah. Dia melihat Uda, seakan tak percaya pada apa yang telah dia dengar.
Uda menyesal akan apa yang sudah dia ucapkan. Tetapi seperti air yang telah tumpah, ucapan itu tidak mungkin untuk diambil kembali. Dengan berlinang air mata, Dara kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Kalau aku bukan tulang rusukmu, biarkan aku pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing. ”
Lima tahun berlalu…..
Uda tidak menikah lagi, tetapi sentiasa mengambil tahu kehidupan Dara. Dara pernah ke luar negeri, bernikah dengan orang asing, bercerai, dan kini kembali ke tanahair semula. Dan Uda yang tahu semua informasi tentang Dara, dia sebenarnya merasa kecewa, kerana dia tak pernah diberi kesempatan untuk kembali, Dara tidak menunggunya.
Dan di tengah malam yang sunyi, semasa Uda meminum kopinya, dia merasakan ada yang sakit di dadanya. Tapi dia tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan Dara.
Suatu hari, mereka akhirnya kembali bertemu. Di airport, di tempat yang berlaku banyak pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas, mata mereka saling tidak mahu terlepas.
Uda : Apa khabar?
Dara : Baik… mmm.. apakah kamu sudah menemui rusukmu yang hilang?
Uda : Belum.
Dara : Aku nak terbang ke New York.
Uda : Aku akan kembali 2 minggu lagi. Telefonlah aku kalau kamu sempat. Kamu tahu nombor telefon aku, belum yang berubah. Tidak akan ada yang berubah.
Dara tersenyum manis, lalu berlalu.
“Good bye….”
Seminggu kemudian, Uda mendengar bahawa Dara mengalami kemalangan dan meninggal dunia.
Malam itu, sekali lagi, Uda meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di dadanya.
Akhirnya dia sedari bahawa sakit itu adalah kerana Dara, tulang rusuknya sendiri, yang telah dengan bodohnya dia patahkan