Pages

14 August 2013

Selamat Bekerja Kembali...

Assalamualaikum....

Selamat pagi dan apa khabar semua?

Semoga semua dalam keadaan baik-baik sahaja selepas Aidilfitri diraikan... Alhamdullilah, harini dah mula bekerja setelah hampir 2 minggu bercuti di kampung... Kalau ikutkan memang tak puas, tapi cukupla untuk melepas rindu kampung halaman dan main dengan anak2 buah tercinta... Balik bercuti di kampung memang betul2 duduk di rumah, tak jalan ke mana pun... Cuma raya sehari beraya ke rumah nenek... Yang lebihnya duduk di depan televisyen dan duduk di dapur...kuang3...
 
Pagi tadi ketika dalam perjalanan ke tempat kerja serasa seperti masih di bulan ramadhan.. oh, alangkah indahnya bulan ramadhan serasa seperti baru semalam 1 Ramadhan.... Rindu dengan suasana yang tenang tanpa ada kedai makan di sepanjang jalan di sebelah pagi dan ketika balik pula meriah dengan bazar ramadhan di kebanyakan tempat...
 
Semoga kita dapat bertemu lagi tahun depan Ya Ramadhan...
 
Wassalam...