Pages

25 June 2013

Jerebu dan hujan...

Assalamualaikum dan selamat petang...

Alhamdulillah petang ni titisan-titisan air turun ke tanah setelah sekian lama bumi tidak disapa hujan sehingga jerebu memenuhi ruang atmosfera... Terima kasih Ya Allah kerana mendengar doa hamba2Mu yg sangat kerdil ini... Setelah hampir seminggu kita melalui suasana jerebu akibat kebakaran terbuka di Sumatera, semoga esok jerebu yang melanda dapat berkurangan sedikit demi sedikit dari bumi Malaysia dan sekitarnya...

Dengan kemunculan jerebu ini semoga kita dapat muhasabah kembali apa yang telah kita buat kerana ia mungkin sebahagian peringatan kepada diri kita yang semakin alpa dan leka dengan kemasyhuran dunia.. Mudah2an hari esok lebih baik dari hari ini...

Wassalam...