Assalamualaikum...
Isnin datang kembali, alhamdulillah masih diberi ruang untuk bernafas di bumi ini...Walaupun masih isnin, tapi mood orang tak boleh nak dijangka...Kadang2 tidak kira hari dan waktu, ade saja yang tidak kena...Okla, tapi takde kene mengena kot dengan topik kita harini...Pasal Batu Api ni, tak faham la kenapa ada jugak orang yang suka menjaga tepi kain orang, tak boleh tengok orang lebih sikit...Agak2 macam mana la hidup dia selama ini...Tak faham, tak faham...
Apa yang pasti orang yang mempunyai sikap batu api ini tidak sesuai di jadikan kawan mahupun teman hidup. Sebolehnya cuba elakkan diri dari berdepan dengan orang sebegini. Kadangkala muka nampak cantik , tutur kata lembut dan berbudi bahasa tapi hakikatnya subahanaallah.. Mulut tahap puaka.. Orang begini , sebenarnya tidak berani berdepan tetapi sebaliknya mempergunakan orang lain untuk kepentingan dirinya..Hati² dengan orang macam nie...
Orang yang mempunyai sikap sebegini sama saja seperti tiada maruah diri. Menjadi batu api hanya untuk menyemarakkan lagi kemarahan orang lain terhadap si polan itu dan ini.. Sepatutnya jadilah orang tengah yang dapat menyatukan kembali hubungan kedua pihak tetapi bukan dengan menambahkan lagi mereka bermasam muka.
Kalau niat hati nak membantu , biarlah ianya benar² ikhlas membantu tapi bukan dengan memburukkan lagi keadaaan.Tidak malukah nanti jika diri digelar batu api dan manusia yang hina kerana perbuatan buruk sedemikin. Perbuatan yang sangat merugikan diri sendiri dan hanya akan memakan diri.
Orang mungkin tak akan lihat perbuatan buruk itu tapi Allah sentiasa melihat dan mengetahui segalanya niat buruk yang bermain dalam kotak fikiran hambaNya.Jadi jangan sesekali masukkan diri kita dalam senarai orang yang memalukan diri sendiri.. Bukan nak cakap diri nie baik tapi sedih sanggat dan malu melihat sesetengah orang yang berkelakuan begini. Insaflah sebelum menyesal kemudian hari..tak ada untung pun malah rugi lagi ada..Orang semua sibuk mengejar pahala tapi bukan mengejar dosa jadi fikir²kan la...
Wallahualam...
Sumber: