Pages

20 October 2012

Hari-hari yang disunatkan berpuasa dalam Islam


Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

  • Puasa enam iaitu puasa yang dijalankan selama enam hari dalam bulan Syawal. Puasa ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal sama ada secara berturut-turut atau tidak.
  • Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 haribulan hingga 8 haribulan Zulhijjah.
  • Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 haribulan Zulhijjah.
  • Puasa pada 9 haribulan Muharram.
  • Puasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram.
  • Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
  • Puasa dalam bulan Sya'ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya'ban.
  • Puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis.
  • Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah.

Selamat berhujung minggu..

Assalamualaikum....

Apa khabar semua? (perasan glemer kunun)

Dah lama rasanya x buat teh, asyik buat kopi dan pasta je (paham x?hehe, xpaham, xpe)... So, harini sabtu, hari cuti, buat ape semua? Wah, cuaca harini sungguh nyaman rasanya....Nak tinggal katil pun rasa sayang...hehehe...Rasa sayang tu bukan nak tdo pun, cukupla sekadar golek sana golek sini...huhu...Sedar x sedar, pejam celik, pejam celik dah bulan oktober...Beberapa hari lagi umur kita bakal menginjak lagi....Begitu pantas masa berlalu...Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk menyedut udara segar di bumi Mu ini Ya Allah...Semoga amal ibadahku seiring dengan pertambahan usiaku Ya Allah...Minggu depan dah menyambut Hari Qurban...Alhamdulillah...Semoga setiap pengorbanan yang kita pernah buat tidak sia-sia...Kepada para jemaah haji dari Malaysia dan seluruh dunia, Selamat Menunaikan Ibadah Haji, Semoga beroleh Haji yang Mabrur, Insya' Allah...Oh ye, bercakap pasal raya x sabar plak nak balik kampung ni...hehehe (padahal baru je balik mggu lepas)...So, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha....(ni nak kuar ke x ni?ish3...)



Wassalam....:)