Pages

13 May 2013

Selamat hari Ibu..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Rasanya belum terlewat untuk sy mengucapkan Selamat Hari Ibu terutamanya kepada Ibu sy yg telah membesarkan sy selama 28 tahun tanpa rasa jemu dan penat dan juga kepada Ibu2 diseluruh dunia... Terima kasih mak kerana mendidikku dengan begitu berhemah sekali tanpa pernah berkasar sekalipun... Lewat malam semalam sempat saya menelefon mak di kampung... Alhmdulillah semua sihat... Ada satu permintaan mak yang membuat sy hampir menangis... Apa dia? Biarlah saya rahsiakan.. Mak, andainya mak mengetahui perasaan sy, ingin sekali sy menunaikan impian mak... Tapi apakan daya, kita tidak dapat menolak ketetapan takdir... Andai masanya belum tiba, tidak seminit dipercepatkan dan tidak seminit juga dilambatkan... Sabar ye mak.. In sha Allah, dengan doa yg mak titipkan di lewat setiap solat mak, akan Allah perkenankan bila sampai waktunya.. Sabar sahaja yg mampu sy katakan sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang... (ops, terlebih emosi pulak tetiba)... Okla, takut banjir besar tetiba, lebih baik sy mengundurkan diri dahulu...

Jumpa lagi dilain waktu...

Wassalam..