Pages

12 May 2014

Happy Mother's Day


Bulan Mei tiba lagi...

Assalamualaikum wbt.
 
Selamat petang, semoga sihat2 sahaja semua hendaknya...
 
Pejam celik pejam celik tak sangka sudah bulan mei rupanya... Terasa sepert baru sahaja cuti Tahun Baru untuk tahun 2014...
 
Alhamdulillah, kita masih diberi nafas yang dipinjamkan untuk menyedut udara dan terus beribadah untuk bekalan hari akhirat.
 
Sedar tak sedar kita telah berada di bulan mei tahun 2014, bulan yang mempunyai banyak hari untuk disambut.... Bermula dengan hari Pekerja pada 1hb  Mei yang lalu, seterusnya Hari Ibu pada hari semalam 11hb Mei 2014 juga hari ini Hari Jururawat dan 16hb Mei 2014 iaitu Hari Guru dan mungkin ada lagi hari2 yang tak dapat saya ingati sepanjang bulan ini...
 
Justeru itu saya ingin mengucapkan:
 
Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja-pekerja di seluruh dunia tak kisahlah berkerja sendiri atau makan gaji...
 
Selamat Hari Ibu terutamanya kepada Ibu saya, tanpa Mak siapalah saya....Juga kepada seluruh warga Ibu di seantero dunia...
 
Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat yang sentiasa sabar melayan kerenah para pesakit setiap masa....
 
Selamat Hari Guru kepada guru2ku terutamanya yang tidak pernah jemu mengajar kami sehingga Berjaya dan guru seluruh dunia amnya....
 
Wassalam...........