Pages

02 July 2014

Jodoh itu rahsia Allah...

Jodoh itu rahsia Allah.
sekuat mana kita setia,
sehebat mana kita merancang,
selama mana kita menunggu,
sekeras mana kita bersabar,
sejujur mana kita menerima…..
jika Allah SWT tidak menulis jodoh kita,
Kita tetap tidak akan bersamanya”

Tidak semestinya jodoh kita dengan orang yang dah lama kita kenal,
tapi mungkin jodoh kita dengan orang yang baru kita kenal,

sebab kalau kita suka tak semestinya bercinta,
kalau bercinta tak semestinya ada jodoh, tapi kata pepatah“ Kalau jodoh tak kemana”

Walau di genggam kuat,
andai ia bukan milik kita,
ia akan terlepas jua,
walau di tolak ke tepi,
andai ia untuk kita,
ia akan mendatang jua. 

Itulah jodoh namanya…
Sudah tertulis di Loh Mahfudz sejak azali lagi…
kadang-kadang Allah tidak memberi apa yang kita mahu,
bukan kerana kita tidak berhak,
tapi kerana Allah tahu kita berhak lebih baik daripada itu.

Seperti Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Boleh jadi apa yang tidak kamu sukai, justeru itulah yang baik bagi kamu dan boleh jadi pula apa yang kamu sukai,
justeru itulah yang tidak baik bagi kamu.
Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. " Surah Al-Baqarah: 216)"

Jadi bercintalah hanya kerana Allah,
Menyayangilah hanya kerana Allah,
Membahagiakan hanya kerana Allah,
kerana hanya Allah yang dapat menimbulkan rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan itu.

Nanti ada yang kata,
“Cakap senanglah”….
ya... memang betul….cakap memang senang…
Bukan mudah nak melakukannya….. apatah lagi kalau dah putus cinta… putus tunang, bercerai - berai…… sakit hati, sedih, marah, dendam.. macam-macam perasaan ada……
bukan mudah wehhh!!!!!

Cuma kena terima hakikat dan kenyataan...

Macam doa ni….
“ Ya Allah…jika dia jodoh ku,
dekatkan dia pada ku…
jika dia bukan jodoh ku,
jauhkan dia dari ku berikan kami jalan terbaik,
agar tidak saling menyakiti”

Dan yang paling penting…

biar putus cinta dengan manusia,
asalkan jangan putus cinta dengan Allah
Jika putus dengan manusia…
Allah akan gantikan dengan yang lebih baik….
namun jika putus dengan Allah…..
apa lagi yang ada?

Kadangkala Allah sengaja beri kita rasa sunyi dan keseorangan, walau ada insan disekeliling kita…
Allah rindu nak dengar kita menangis, mengadu, munajat dan bersujud kepada Nya…

Sayang sungguhkan Allah dengan kita…
tapi kita ni juga yang tak reti-reti bahasa..!!!!!

Bila bercakap soal jodoh…
ramai memilih untuk berusaha keras mencarinya… walau sedar jodoh sudah di tentukan….

Tapi bila bercakap soal hidayah, ramai yang menunggu biarpun sedar hidayah itu perlu dicari, dan bukannya jatuh ke riba atau datang bergolek. (Bab hidayah ni…. ingatan untuk diri sendiri….dush!!!dush!!!).

Akhir sekali, sy doakan “Yang terbaik” untuk teman-teman semua tak kira walau di mana berada…. “Rahsia Allah, hanya Allah yang tahu”.

Wallahualam...

Bulan Ramadhan tiba lagi...

Assalamualaikum wbt...

Rasanya belum terlewat lagi untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam sedunia...

Alhamdullillah kita masih diberi kesempatan untuk menyambutnya sekali lagi...

Marilah kita cuba mengutip sebanyak mana pahala sempena bulan yang penuh barokah ini...

Sama2lah kita berdoa semoga kita berjumpa dengan malam Lailatul Qadar, malam seribu bulan yang menjanjikan pelbagai keistimewaan kepada mereka  yang berjaya menemuinya....

Wallahu'alam....