Pages

25 January 2013

Hari yg dikira bersejarah dlm hidupku...

Assalamualaikum...
 
Harini tetiba mengada2 nak upload gambar konvo sendiri... Hehehe... Sape nak baca, baca la, xnak x paksa... Adeke yg nak baca... Perasan je lebih.. Hik3... Okla, gambar2 ni adalah sebahagian drpd gambar2 sekitar konvo atau hari paling berharga kiranya bagi mereka yg seusia dgnku.. Pada tarikh 3 oktober 2009, disinilah berakhirnya penat lelahku sebagai mahasiswi bergelar pelajar selepas 4 tahun mengerah keringat berhempas pulas demi segulung ijazah, Alhamdulillah akhirnya aku berjaya memberi kebanggaan kepada ibu dan bapaku.. Terima kasih ya Allah... Tp, setelah berjaya menghabiskan pengajiannku barulah kusedar bahawa kehidupanku sebrnarnya baru sahaja bermula... Selepas tamatnya pengajian, rupanya pelbagai cabaran lg yg perlu kutempuh... Hanya kesabaran yg dpt dijadikan bekalan untuk menempuh kehidupan yg lebih mencabar ini... Harapan dan doaku semoga diriku dan mereka yg berada diluar sana tabah mengharungi kehidupan... Sesungguhnya pahit manis yang kta lalui byk mengajar kita erti sebenar kehidupan untuk sama2 kita mensyukurinya...
 
Wallahualam...
 
 
 
 
Sekian...
 


Wanita, bersyukurlah...

Ketika Allah menciptakan wanita ,

Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...

...
Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...

Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

Malaikat itu menyentuh dadanya,"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...

Mampu tertawa saat hatinya menangis...

Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...

Dia boleh melawan ketidakadilan...

Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...

Hatinya terluka saat melihat kesedihan...

Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...

"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"..

Wassalam...

c&p : https://www.facebook.com/JadikanDiaJodohkuYangTerbaik

KISAH IKTIBAR : KISAH SEBIJI TEMBIKAI



Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya.

Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq ...
kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?

Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.

Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
 
Wallahualam...