Pages

25 June 2013

Jerebu dan hujan...

Assalamualaikum dan selamat petang...

Alhamdulillah petang ni titisan-titisan air turun ke tanah setelah sekian lama bumi tidak disapa hujan sehingga jerebu memenuhi ruang atmosfera... Terima kasih Ya Allah kerana mendengar doa hamba2Mu yg sangat kerdil ini... Setelah hampir seminggu kita melalui suasana jerebu akibat kebakaran terbuka di Sumatera, semoga esok jerebu yang melanda dapat berkurangan sedikit demi sedikit dari bumi Malaysia dan sekitarnya...

Dengan kemunculan jerebu ini semoga kita dapat muhasabah kembali apa yang telah kita buat kerana ia mungkin sebahagian peringatan kepada diri kita yang semakin alpa dan leka dengan kemasyhuran dunia.. Mudah2an hari esok lebih baik dari hari ini...

Wassalam...



12 June 2013

Kenduri sana sini...

Assalamualaikum....
 
Tengah buat apa tu?... Okla, petang2 macam ni tengah xde keje, apa kata kita cuba mencoret satu dua kata sebelum berlabuhnya matahari petang (cewah)...hehehe... Pertama sekali saya nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada semua rakan2 saya yang baru mendirikan rumah tangga ketika cuti sekolah baru2 ini.. Kepada mereka yang saya x sempat ke kendurinya, maaflah sebab kekangan masa yang rata2nya bermajlis pada hari yang sama.. Kepada Fadilah, kawan masa tingkatan 6 dulu, maaf x dapat datang..Rasa sedih sangat sebab x dapat meraikan sama2..ape pun saya doakan dari jauh semoga bahagia sentiasa melayari bahtera yang dibina.. Kepada Bani, kawan satu office yang dah balik kampung mencari rezeki di sana, tahniah jugak.. Sori sesangat x dapat datang Parit Buntaq... Hope, happy sentiasa dengan pasangan... Semoga kalian semua bahagia dengan pilihan hidup masing2... Sabar dengan segala dugaan yang menimpa Insya Allah, semuanya selamat... Tidak ada manusia yang tidak diuji kerana kita hanyalah hambaNya yang hina... Kepada Bae, Linda dan Aini happy sangat dapat menyaksikan hari bahagia kalian... Walaupun kita jarang berjumpa, tetapi semoga ukhwah yang kita bina berkekalan hingga ke akhir hayat.... Aamiin....
 
Wassalam...