27 March 2013
Kotak Ft Judika terbaik...
22 March 2013
08 March 2013
Selamat Hari Wanita ...
Kepada Ibuku, kakak2 iparku, adik2 ku, makcik2ku, saudara maraku, dan wanita seluruh dunia....
Lirik Lagu Wanita - KRU
Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu
Demi insan yang disanjung dalam hidup
Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu
Tenangkan hatinya bila resah
Setia didalam ceria dan gundah
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita
Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu
Menenangkan kalbu
Jgn kau hampakan cintanya yang tulus
Itulah dia seperti dia menyelimutmu
Itulah saja balasan diminta
Seorang Wanita
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/09/lirik-lagu-wanita-kru.html#ixzz2N0oIRa3A
08march2013
07 March 2013
Resepi Rahsia...
06 March 2013
04 March 2013
Lawak Jenaka Pak Pandir -Kisah Tertinggal Handphone
Nak dijadikan cerita, anak pak pandir ni bekerja di luar negeri. Pada satu hari dia pulang ke rumah untuk bertemu pak pandir dan mak andeh.
Keesokan harinya si anak ni terpaksa pulang semula ke negeri tempat dia bekerja kerana ada emergency call dari bos dia. Kerana terlalu bergegas untuk pulang, si anak ni tertinggal le handphone dia.
Mak andeh : " Ayahnya, anak kite tertinggal handphone dia ".
Pak pandir : " Abis tu awak nak saya wat ape? "
Mak andeh : " Takde la, masalahnye saya da mesej anak kite, saya da bagitau handphone die tertinggal. Tapi dia tak balas pun mesej ".
Denga selambanya pak pandir menjawab.
Pak pandir : Mengeluh." Awak ni ****h ke bengap, kalau awak da mesej dia tak balas, cuba la call dia!!!"
Kuang3...
*untuk hiburan semata*
04march2013
Assalamualaikum...
Harini nak sembang pasal ape ek? Erm... Takde idea pulak.. Rasa cam dah hari2 pok pek pok pek je... Tp... Sukehati syla kan nak kecoh kt blog sendiri... hehehe... Cuma rasa hairan sikit kenapa sejak 2 menjak ni asyik terjaga malam dan susah nak tdur balik ek.. Lagi2 time weekdays yang mana siangnya kena keje.. Pernah sekali tu gara2 x boleh tdo, tiba2 dh nk pagi kot baru tdo, hah... Sekali bgn tgk jam dah kul 7...apalagi,dah macam pelari pecut nak dapat juara bersiap... Nasib baikla sy ni bukan jenis suka mekap lama2...kalo x masak... Dahla perjalanan pun makan masa jugak... Hmmm... Tp kiranya terror x terror sgtla tp terror la jugak sampai opis masih belum pukul 8...ahaha... Lagi satu yang peliknya kat opis x mengantuk pulak... Pergh memang hebat la nak habaq kat hang... Kat ofis td pun sebenarnya xde la buat keje sgt... Cuma mengemas je sementelah cleaner pun xde... (penah dgr x opis xde cleaner).. jangan gelak sbb ini bukan lawak dan bukan main2...bak kata wonderpet "ini serius, mesti bantu"... Whatever la RS... X dapek den nak nolong... Okla, nnt kalau ade cerita kita sambung lg... Dah nak dekat maghrib... Daaaa...
Wassalam...
03 March 2013
3march2013
Salam mendung di petang ahad ni... Alhamdlillah, setelah panas seharian semalam dan juga tengahari td, petang ni cuaca mendung nampaknya walaupun hujan belum menampakkan diri... Terima kasih Ya Allah...
Harini aktiviti saya tengok tv, tengok tv dan tengok tv (kalau tv tu bleh ckp konpem dia bgtau dia cemuih tgk muka comel saya ni)...ops, perasan plak...hehehe...sapa yg baca tu, buat2 x nmpk jer..
Okla, hajat dihati petang ni nak serbu Mr Steak House yang berhampiran dengan Giant Seri Kembangan ni dengan seorg teman.... Nak cuba la rasa sebab restoran ni dengarnya menawarkan masakan western pada harga yang berpatutan.. Lagipun xde la jauh sangat...Tp, nampaknya macam kena tangguh dulu sebab cuaca tidak begitu mengizinkan.. Ape2 update nanti saya bagitau kemudian ye...
Wassalam...
02 March 2013
Kawan, Sahabat, teman...
Assalamualaikum dan slmt ptg..
Nampaknya harini cuaca sungguh panas sehingga masuk pasaraya yang beraircond terasa bahangnya... Masya Allah... Harini takde buat ape cuma jalan2 beli barang keperluan sambil cuba menenangkan fikiran sikit2..hehe.. Apepun yang penting kita enjoy....
Sedikit info ptg2 begini...
Beza antara kawan, sahabat dan teman...
Kawan adalah penghibur kita yang selalu membuat kita senang hati..
Sahabat adalah orang yang akan duduk dan berdiri bersama2 dengan kita, ketawa dan menangis sekali...
Teman adalah gabungan antara kawan dan sahabat dan bila digabungkn semuanya ia akan mewujudkan satu perasaan yang sangat indah, perasaan yang mana duit tak mampu membeli, perasaan yang boleh mengeringkn air mata, perasaan yang akan buat kita lupa yang kita ada masalah...
Dipetik dari sebuah cerita...
01 March 2013
1.3.13
Assalamualaikum dan selamat petang...
Teringin nak menulis tapi tak tau macam mana nak mula... Sejak dua menjak ni aku rasa pelik.. Aku tidak tau sama ada ini hanya perasaaku atau ini adalah petunjuk yang Allah beri kepadaku di setiap permintaanku.. Kerana terkadang aku rasa seperti benar apa yang kurasa tetapi terkadang disebabkan oleh sesuatu perkara aku jadi was was... Apa yang cuba Engkau ingin sampaikan kepadaku Ya Allah... Pimpinlah hambaMu ini agar aku tidak membuat keputusan yang salah... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui disetiap yang terjadi...
Aamiin...