Pages

24 July 2012

Salam Ramadhan...

Selamat berpuasa semua...
Semoga kita diberi kesihatan dan kekuatan untuk menempuhi bulan yang penuh barakah ini...


22 July 2012

Senyum... :)

1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

3. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

6. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.


7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

9. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

10. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

11. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

12. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.


13. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.

14. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).


c&p: 
https://www.facebook.com/insyaallahmudahmudahanALLAHredha/posts/268099763289467

16 July 2012

Wanita Cantik yg suka Menangis...

Seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?"

"Kerana ibu seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"saya tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak lelaki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu selalu menangis?"

"Semua wanita suka menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak lelaki kecil itu telah dewasa tetapi dia masih dibelengu persoalan yang sama, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya dia bertanye kepada yang MAHA ESA "Ya ALLAH, mengapa wanita begitu mudah menangis?"



Allah S.W.T berfirman:


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "


"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "


"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "


"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "


"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "


"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"


"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

tidakkah Kau tahu: 


" Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."



c&p:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=266543680111742&set=a.168454596587318.26155.105960399503405&type=1&theater

15 July 2012

Ilmu hari ini...

IMAM AL-GHAZALI

Pesanan Kepada anak Perempuannya Di Hari Perkahwinannya


Anakku!
Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan.......
Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,
Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya.
Itulah suamimu,
Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai langitmu.
Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan
ia dapat kau jadikan tiangmu.
Jadilah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya,
nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.
Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya.....
Dengan cara demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.
Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau,
Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu,
maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah,
Peliharalah hidung,telinga dan matanya.....
Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu
Daripadamu melainkan yang harum,
Janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu
Daripadamu melainkan yang baik,
Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu
Daripadamu melainkan yang cantik belaka...

Semoga Menjadi Isteri Yg Solehah



c&p:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=410674182301299&set=a.237850906250295.52821.237850119583707&type=1&theater

14 July 2012

BAHAYA TIDUR KETIKA LAMPU MASIH MENYALA


Assalamualaikum wbt...

Sekadar perkongsian ilmu...

Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.

Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun.”

Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.

Satu persidangan berkaitan tentang anak-anak yang menderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.

Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.

Maha Suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikan-Nya gelap gelita supaya hamba-hamba-Nya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hamba-Nya kerana Dialah yang menciptakan kita semua.....Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan...

Wallahu'alam....

sumber: 

13 July 2012

Salam Jumaat...

Assalamualaikum...

Nampaknya macam dah agak lama x mengupdate blog.. Apa khabar semua? Semoga semua happy2 belaka terutamanya esok dah nak cuti... Apa plan minggu ni? Pastinya ramai nak jalan2 sebab hari minggu akhir sebelum ramadhan menjelang... X kurang jugak yang bercuti bersama keluarga.. Apa pun semoga berhati-hati... Tinggal berapa hari lagi sahaja untuk kita menyambut bulan ramadhan al mubarak... Semoga kita semua diberi kekuatan untuk melakukan amal ibadat sepanjang ramadhan dan hari2 seterusnya Insya Allah... Sebelum terlupa jom kita ingat kembali doa untuk berpuasa...


Tapi, untuk siapa yang suka lupa atau untuk memastikan kita tidak lupa untuk berniat di malam harinya, eloklah kiranya pada malam pertama masuknya bulan ramadhan membaca niat ini:


Sekian...

04 July 2012

Mengenalpasti keaslian hp..


Adakah anda ingin tahu jika handphone anda adalah original atau tidak dan mengetahui kualiti handphone tersebut?? Disini saya ingin berkongsi cara untuk memeriksa handphone sama ada original atau tidak dan mengetahui kualiti handphone serta dari mana ia dihasilkan/dipasang.

Langkah 1. Taip *#06# di handphone anda. Akan keluar 15 digit nombor Imei..contoh no imei saya 012631001466091..Anda perhatikan no ke 7 dan 8

  • Jika 02 atau 20 > Handphone anda dihasilkan/dipasang di Emirates(kualiti rendah)
  • Jika 08 atau 80 >Handphone anda dihasilkan/dipasang di german(kualiti yang baik)
  • Jika 01 atau 10 >Handphone anda dihasilkan/dipasang di finland(kualiti yang sangat baik)
  • Jika 00 atau 03 atau 04 >Handphone anda dihasilkan/dipasang di france(kualiti terbaik)
  • Jika 13>Handphone anda dihasilkan/dipasang di Azerbaijan(kualiti tidak baik dan bahaya untuk kesihatan)

Semoga post ini dapat membantu anda untuk mengetahui sama ada Handphone anda adalah original dan dimana ia dipasang...


03 July 2012

7 Cara Kempiskan Perut Buncit



1. Minum air masak yang banyak.


Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
 
 
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
 
 
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.
 
 
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
 
 
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
 
 
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
 
 
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
 
 
Selamat mencuba!

c&p:

Kenapa Rasulullah Larang Minum Berdiri?



Sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita gemar melakukan sesuatu perkara itu tanpa mengetahui sama ada ia membawa kebaikan atau keburukan terhadap diri kita.

Perkara yang paling mudah di pandang enteng oleh manusia adalah sikap suka minum sambil berdiri.
 
 
Pergilah kemana-mana sahaja sekali pun, akan jelas kita diperlihatkan dengan kerenah manusia yang minum berdiri sama ada di tepi jalan, ketika melepak mahu pun ketika membeli-belah.
 
 
Jelas sekali tabiat buruk minum berdiri sama sekali ditegah oleh Rasulullah S.A.W kerana tabiat ini mampu memberikan kesan kepada kesihatan tubuh badan untuk jangka masa panjang.
 
 
Menurut pakar perubatan, Dr. Abdul Razzak Al-Kailani berkata, makan dan minum secara duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat dan lebih puas di mana makanan dan minuman lalu di dinding perut dengan secara tenang.
 
 
Kajian perubatan juga menunjukkan di dalam tubuh badan manusia terdapatnya sejenis penapis ‘sfringer’ yang bertindak membuka bukaannya ketika duduk dan tertutup ketika berdiri.
 
 
Air yang diminum setiap hari bukanlah 100% ditapis sepenuhnya dan apabila masuk ke dalam tubuh badan, sfringer akan bertindak menapis segala benda asing dalam air sebelum disalurkan ke seluruh tubuh.
 
 
Jadi, sekiranya air masuk ketika tubuh berdiri, maka air itu tidak akan ditapis terlebih dahulu kerana sfringer tertutup dan terus dibawa ke kantung kecing yang boleh menyebabkan timbulnya penyakit lain iaitu penyakit batu karang.
 
 
Minum secara berdiri juga akan memberikan tekanan penurunan air yang tinggi ke dalam perut dan keadaan itu menyebabkan kondisi perut terkejut.
 
 
Malah, air akan jatuh ke lapisan perut dengan keras dan akan melanggar lapisan dinding-dinding perut.
 
 
Sekiranya tabiat minum berdiri selalu diamalkan, dinding-dinding perut akan menjadi longgar dan akan menimbulkan penyakit lain iaitu susahnya untuk menghadamkan makanan.
 
 
Seorang lagi pakar kajian, Dr. Ibrahim Ar-Rawi juga berpendapat, ketika tubuh berdiri, otot-otot badan akan menjadi tegang dan akan turut memberi tekanan kepada sistem saraf pusat (Central Nervous System) kerana terpaksa berkerja ‘terlampau’ aktif mengawal semua otot untuk melakukan proses pengimbangan badan ketika berdiri.
 
 
Keadaan itulah yang akan menyebabkan organ-organ dalam badan tidak dapat berehat seketika selepas berkerja.
 
 
Berbeza ketika minum secara duduk, sistem saraf dan otot akan berada di dalam keadaan tenang dan mampu untuk menjalankan tugas dan memproses segala bentuk bahan secara betul yang masuk ke dalam badan termasuklah air dan makanan.
 
 
Namun, Rasulullah S.A.W mengharuskan untuk minum dalam keadaan berdiri bergantung kepada keadaan seperti berada di tempat yang terlalu sesak dengan orang ramai.
 
 
Berlainan pula dengan kisah di mana Rasulullah S.A.W minum air zam-zam dalam keadaan berdiri berdasarkan hadis dari Ibn Abbas.
 
 
Air zam-zam mengandungi kandungan fluorida yang tinggi yang memiliki daya efektif membunuh kuman dan mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding sumber air-air yang lain seperti keputusan kajian yang terhasil dari pakar-pakar pengkaji.
 
 
Dari sudut saintifik, air zam-zam bersifat alkali dan akan dapat meneutralkan asid secara tidak langsung yang terhasil dalam perut.
 
 
Kerana itulah Rasulullah S.A.W. mengamalkan minum berdiri ketika meminum air zam-zam.
 
 
Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat dan beberapa kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain.
 
 
Kandungan inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan anti bodi kepada orang yang meminumnya.
 
 
Justeru, setiap amalan dan tindakan yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W pastinya terkandung seribu kebaikan dan manfaat kepada umat-umatnya. Jadi, tidak salah bukan bagi kita untuk merubah tabiat buruk kepada yang lebih baik?
 
 
“Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal” – Surah an-Anfal : Ayat 2.

c&p:

01 July 2012

Gerimis Mengundang

Almaklumla, tak tau nak buat apa hujung2 minggu ni, so cuba cari aktiviti baru untuk mengisi masa cuti ni....Baru selesai tengok Gerimis Mengundang secara free...huhu...hebat betoi dunia sekarang..Nak tengok filem tak payah pergi panggung wayang pun boleh...Walau apa pun, jom layan sikit lagu tema cerita ini yang suatu ketika dulu dinyanyikan oleh kumpulan Slam bertajuk Gerimis Mengundang walaupun dalam cuaca yang panas2 gitu...