Pages

30 June 2012

Nyunyu yang tomey...







                                                                                                                                                                                             









Hasil cubaan mengambil gambar menggunakan kamera laptop...;)...Cantik tak??:P...cantik ke tak cantik ke, ade aku kesah...(jgn marah)...

29 June 2012

KELEBIHAN AIS DAN AIR SEJUK

- Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa.

- Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

- Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

- Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

- Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

- Ais amat diperlukan mana-mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka,

- Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

- Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

- Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

- Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

- Makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit.

- Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat.

- Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

- Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi.

- Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.

- Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.

- Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

- Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.

- Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.

- Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

- Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

- Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

- Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

- Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

26 June 2012

Ajaibnya Cinta...

Boring-boring, bosan-bosan, cuba la cari cerita yang basi-basi sikit yang orang dah tengok sebenarnya...tiba-tiba terjumpa satu cerita ni 'Ajaibnya Cinta'..Tengah syok2 tengok tiba2 muncul lagu ni..wah, macam nice je melodi dia...terus cari dan mencari...akhirnya jumpa jugak...yeay...:)so, apa lagi...layannnn.........:P





25 June 2012

Batu Api ke Fire Stone...

Assalamualaikum...

Isnin datang kembali, alhamdulillah masih diberi ruang untuk bernafas di bumi ini...Walaupun masih isnin, tapi mood orang tak boleh nak dijangka...Kadang2 tidak kira hari dan waktu, ade saja yang tidak kena...Okla, tapi takde kene mengena kot dengan topik kita harini...Pasal Batu Api ni, tak faham la kenapa ada jugak orang yang suka menjaga tepi kain orang, tak boleh tengok orang lebih sikit...Agak2 macam mana la hidup dia selama ini...Tak faham, tak faham...


Apa yang pasti orang yang mempunyai sikap batu api ini tidak sesuai di jadikan kawan mahupun teman hidup. Sebolehnya cuba elakkan diri dari berdepan dengan orang sebegini. Kadangkala muka nampak cantik , tutur kata lembut dan berbudi bahasa tapi hakikatnya subahanaallah.. Mulut tahap puaka.. Orang begini , sebenarnya tidak berani berdepan tetapi sebaliknya mempergunakan orang lain untuk kepentingan dirinya..Hati² dengan orang macam nie...

Orang yang mempunyai sikap sebegini sama saja seperti tiada maruah diri. Menjadi batu api hanya untuk menyemarakkan lagi kemarahan orang lain terhadap si polan itu dan ini.. Sepatutnya jadilah orang tengah yang dapat menyatukan kembali hubungan kedua pihak tetapi bukan dengan menambahkan lagi mereka bermasam muka.

Kalau niat hati nak membantu , biarlah ianya benar² ikhlas membantu tapi bukan dengan memburukkan lagi keadaaan.Tidak malukah nanti jika diri digelar batu api dan manusia yang hina kerana perbuatan buruk sedemikin. Perbuatan yang sangat merugikan diri sendiri dan hanya akan memakan diri.

Orang mungkin tak akan lihat perbuatan buruk itu tapi Allah sentiasa melihat dan mengetahui segalanya niat buruk yang bermain dalam kotak fikiran hambaNya.Jadi jangan sesekali masukkan diri kita dalam senarai orang yang memalukan diri sendiri.. Bukan nak cakap diri nie baik tapi sedih sanggat dan malu melihat sesetengah orang yang berkelakuan begini. Insaflah sebelum menyesal kemudian hari..tak ada untung pun malah rugi lagi ada..Orang semua sibuk mengejar pahala tapi bukan mengejar dosa jadi fikir²kan la...

Wallahualam...



Sumber:

23 June 2012

Album Inteam terbaru-Kembara Sedekad




As salam..kepada sesiapa yang masih lagi belum memiliki album terbaru Inteam - Kembara Sedekad, anda boleh membeli secara "online" di http://www.inteammobile.com/shop

20 June 2012

Surah Al-Waqiah Surah Kekayaan



 Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.

 1. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih. Rasulullah SAW bersabda: Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada. “Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.” .

 2. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

 3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

 4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

 5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.” .

 Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

  Sumber:    http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/04/fadhilat-dan-khasiat-surah-al-waqiah/

18 June 2012

Lawak2...:p

Cerita 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak
berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba
kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku
turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti
mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam
garaj kereta rumahnya.

Cerita 2
Tiga orang Asli menaiki motosikal dan ditahan polis trafik.
Namun penunggang motor tersebut tidak berhenti.
Dengan muka tidak bersalah penunggang tersebut berkata,
'Tak muat dah tok, kami dah bertiga!!!, jalan dulu tok…" 

Cerita 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk
menghantar surat . Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan
surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi
surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa
bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Cerita 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual
menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai
tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh
dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si
penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut
terus jadi pucat dan putih."
Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

Cerita 5
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang
berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu
terselamat tetapi 2 orang kenamaan itu mati. Apabila sedar
dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak
polis," Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan
siasatan kami."
"Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter
tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas
Helikopter tu...."

Cerita 6
ketika saya baru masuk ke lift, sorang wanita masuk
dan menekan butang 2 dan kemudian butang 4, manakala saya
lak menekan butang 18 untuk ke tingkat 18. lift pun naik la
dan berhenti di tingkat 2, tp wanita tue tak keluar. kemudian lift
berhenti pulak di tingkat 4, tp wanita tue pun tak keluar juga
dan lift pun mula naik.. maka bertanyalah saya pd wanita tue, "akak(sbb
nampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik.."
"ooo.. saya nak ke tingkat 24", jawabnya selamba..."tp td akak tekan
butang 2 dan 4" tanya saya lagi tak puas ati.. "astaga!!! nilah
akibatnya kalau terlalu lama bekerja dgn kalkulator"sambil menggaru
kepala...

Cerita 7
Seorang eksekutif muda dengan penuh semangat
bercerita pada temannya tentang kehebatan komputer yang baru
dimilikinya. "Bayangkan ! komputer saya ini setiap hari mampu
menyelesaikan setengah dari pekerjaan saya". "Lho ... kenapa kamu
tidak membeli dua komputer" sahut temannya.

Cerita 8
Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur..
hanya wait masa hilang nyawa. Isterinya, Susan berada di
sampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan air mata
keluar dari matanya. Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya
dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan.. "Susan,
isteriku," ia berbisik. "Suamiku, jangan berbicara, berehatlah."
"Susan, saya harus mengakui sesuatu," ia berkata dengan lemah.
"Tidak ada yang perlu di akui," jawab Susan dengan bersedih.
"Semuanya baik-baik saja, tidurlah," kata isterinya sambil menangis.
"Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang
dengan kakakmu, teman baikmu, dan ibumu." "Saya tahu... ," jawabnya.
"Kerana itulah saya meracuni kamu.... "

Cerita 9
Pada suatu ari, ada sorang anak dimarahi bapanya
kerna tak lulus exam.. dalam report kad semuanya merah² belaka.... jd,
bapanya membanding²kan anaknya dengan anak jirannya yang
cerdik dan pandai... bapa : "kamu tak penah belajar ke? lihat
anak jiran sebelah, report card dia tak de pun merah². dia anak
yg cerdik....tak macam kamu, malas betull... " kerana kesal
dibanding² si anak menjawab: "yelaaaa bapa... anak jiran sebelah kan
bapanya cerdik......" bapa : ??

Cerita 10
Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan
segera untuk memesan minuman ringan. setelah pesanan sampai,
mereka masing² keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan.
pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus
menuju ke arah mereka dan seraya berkata, "Maaf en, anda tidak
dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!".. maka dua org
sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula
menukar sandwich memasing....



c&p- http://ilovesabah.forumotion.net/t686-koleksi-cerita-lawak

Hmm...betul ke??



ANDAI LELAKI TAHU...BETAPA SAYANGNYA WANITA KEPADA MEREKA...


ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.



ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.



ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.



ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.



ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.



ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .



ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.



ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.



ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.



ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.



ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.



ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.



ANDAI LELAKI TAHU...

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.




copy & paste: 

17 June 2012

✿ Indahnya Pahala Menahan Marah..✿


Bismillah.

✿ Indahnya Pahala Menahan Marah..✿

Siapa yang menahan marah, padahal ia boleh melepaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." (HR. Abu Dawud - At-Tirmidzi)

Sesungguhnya menahan diri dari marah adalah sifat muttakin dan balasannya di sisi Allah adalah balasan orang-orang yang bertakwa. Dan Allah memberi jaminan kepada orang yang berjaya menahan kemarahan ini dengan memberi keutamaan di hari akhirat untuk memiki syurga yang dia mahu, berdasarkan dalil hadis:

‘Sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan dan ia berjaya menghilangkannya di hari kiamat kelak Allah memberi keutamaan dari sekalian makhluk sehingga ia memilih mana-mana pintu syurga yang ia mahu’. (HR.Al-Bukhari)

Adakalanya, Rasulullah S.A.W. juga marah. Namun, marahnya tidak melampaui batas kemuliaan. Itu pun ia lakukan bukan karena masalah pribadi melainkan karena kehormatan agama Allah. Rasulullah S.A.W. bersabda, "Memaki-maki orang muslim adalah fasik (dosa),dan memeranginya adalah kufur (keluar dari Islam)." (HR.Bukhari) 
Sabdanya pula, "Bukanlah seorang mukmin yang suka mencela, pengutuk, kata-katanya keji dan kotor." (HR. At-Tirmidzi)

Dari pengajaran hadis ini sama samalah kita bersabar dan memberi kemaafan kepada orang lain kerana kemaafan itu lebih tinggi martabatnya dari menahan kemarahan. Namun demikian orang yang berjaya menahan diri dari marah ini sudah tentu ada padanya sifat pemaaf dan ihsan pada orang lain. Jiwa orang yang berjaya menahan marah juga sunyi dari sifat dendam, iri hati, dengki dan talam dua muka. Sifat-sifat buruk inilah yang menyebabkan seseorang itu tidak berjaya di akhirat, walaupun semasa hayatnya merupakan orang yang soleh dan taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. 

Maka dengan ini sama-samalah kita berdoa agar dijauhi sifat-sifat sedemikian, dengan doanya:

‘Ya Allah! Jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang dapat menahan kemarahan mereka, dan jadikanlah kami orang orang yang suka memberi kemaafan dan perdamaian. Kategorikanlah kami bersama orang-orang yang beramal dengan mengikut apa yang diperintah oleh Allah, mengikuti penghulu segala nabi-nabi dan rasul-rasul iaitulah penghulu kami Muhammad S.A.W
Ya Allah! terimakanlah doa kami.’Aamiin..



dipetik: 


16 June 2012

MENCARI TULANG RUSUK YANG SEJATI


Sebuah senja yang sempurna, sepotong donat, dan lagu cinta yang lembut. Adakah yang lebih indah dari itu, bagi sepasang manusia yang memadu kasih? Uda dan Dara duduk di punggung senja itu, rancak berbicara, beratus tawa gembira, lalu Dara pun mula meminta kepastian. ya, tentang cinta.
 Dara : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
 Uda : Kamu lah?
 Dara : Menurut kamu, aku ini siapa?
 Uda : (Berfikir sebentar, lalu menatap mata Dara) Kamu tulang rusukku! Ada tertulis, Tuhan melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam tidur, Tuhan mengambil rusuk dari Adam dan menciptakan Hawa. Semua lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang dan apabila menemui wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hati.”
Selepas berkahwin, Dara dan Uda mengalami masa yang indah dan manis tetapi hanya untuk seketika. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kepenatan hidup yang kian mendera. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mula menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
 Pada suatu hari, menjadi kemuncak sebuah pertengkaran, Dara lari keluar rumah. Setelah tiba di seberang jalan, dia berteriak, “Kamu tak cinta aku lagi !”Uda sangat membenci ketidakdewasaan Dara dan secara spontan dia menjerit membalas “Aku menyesal kita berkahwin! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!”
 Tiba-tiba Dara menjadi terdiam , berdiri terpaku untuk beberapa saat. Matanya basah. Dia melihat Uda, seakan tak percaya pada apa yang telah dia dengar.
Uda menyesal akan apa yang sudah dia ucapkan. Tetapi seperti air yang telah tumpah, ucapan itu tidak mungkin untuk diambil kembali. Dengan berlinang air mata, Dara kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Kalau aku bukan tulang rusukmu, biarkan aku pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing. ”
 Lima tahun berlalu…..
 Uda tidak menikah lagi, tetapi sentiasa mengambil tahu kehidupan Dara. Dara pernah ke luar negeri, bernikah dengan orang asing, bercerai, dan kini kembali ke tanahair semula. Dan Uda yang tahu semua informasi tentang Dara, dia sebenarnya merasa kecewa, kerana dia tak pernah diberi kesempatan untuk kembali, Dara tidak menunggunya.
 Dan di tengah malam yang sunyi, semasa Uda meminum kopinya, dia merasakan ada yang sakit di dadanya. Tapi dia tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan Dara.
 Suatu hari, mereka akhirnya kembali bertemu. Di airport, di tempat yang berlaku banyak pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas, mata mereka saling tidak mahu terlepas.
 Uda : Apa khabar?
 Dara : Baik… mmm.. apakah kamu sudah menemui rusukmu yang hilang?
 Uda : Belum.
 Dara : Aku nak terbang ke New York.
 Uda : Aku akan kembali 2 minggu lagi. Telefonlah aku kalau kamu sempat. Kamu tahu nombor telefon aku, belum yang berubah. Tidak akan ada yang berubah.
 Dara tersenyum manis, lalu berlalu.
 “Good bye….”
 Seminggu kemudian, Uda mendengar bahawa Dara mengalami kemalangan dan meninggal dunia.
 Malam itu, sekali lagi, Uda meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di dadanya.
 Akhirnya dia sedari bahawa sakit itu adalah kerana Dara, tulang rusuknya sendiri, yang telah dengan bodohnya dia patahkan


HANYA KERANA SEGELAS SUSU


Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.

Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.

Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.
Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.
Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.
“Berapa harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.
Jawab budak perempuan itu, “Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan”
Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. “Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,”kata pemuda tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.

Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.
Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.
Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu. Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan kemudiannya berkata,” Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan,”
Kini masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.
Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor itu untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan tandatangannya. Bil itu dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.
Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi helaian dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya. Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan itu.
Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya. Tulisan itu berbunyi…

—————————————
“Sudah DiBayar Dengan SeGelas Susu.”

-Dr Howard Kelly-
—————————————
Artikel ini adalah pengalaman sebenar Dr Howard Kelly (1858-1943), salah seorang daripada empat doktor yang mengasaskan Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.


13 June 2012

Laici ori vs laici dalam tin.



Okla, sebenarnya saya nak cerita pasal Litchi chinensis atau nama glemernye buah laici...Almaklumla, tadi  masa kat office, adela seorang kawan bawak buah laici yang ada kulit lagi tu...so, dia bagila rasa...Sedikit pasal buah ni, Laici adalah sejenis pokok berbuah iklim sederhana yang berasal dari selatan China, selatan Indonesia dan timur Filipina..

Rasanya, baru pertama kali kot rasa buah laici yang sebenar...Ish3, dahsyat x dahsyat laa..sebelum ni makan buah laici yang ada dalam tin tu jela yang dah dibancuh siap menjadi air.. Kalau nak dibandingkan makan buah laici ori dengan buah laici yang ada di dalam tin, saya lebih suka yang ada di dalam tin walaupun pada hakikatnya yang ori lebih baik...Lagipun boleh goyang kaki je sambil minum dan makan buah laici dalam air tu daripada bersusah payah mengupas kulit buah laici tu..hehe..Gambar di atas adalah gambar dari posisi sebenar yang saya ambik didepan mata saya sendiri... hehe, bukan ape..kang x percaya plak kalo saya makan buah laici....jangan marah2 ye...



Jelmaan Fantasi...










Ini adalah hantaran ketika majlis pertunangan saya adik saya pada 27hb November 2011 yang lalu...Hasil gubahan saya dan abang no 3...:) Terima kasih kerana sudi menggunakan khidmat kami sebagai juruhias yang tidak bertauliah... Yang saya paling suke mestila gubahan coklat tu, sebab saya dapat menzahirkan apa yang bermain di fikiran... Apa2 pun, SELAMAT BERTUNANG ye...


12 June 2012

Special cake...







Wah, harini kami merasa kek special (cewah)...Sedap kek tu, nyum2..tp memang lagi best kalau makan masa kek tu baru keluar dari peti ais...untunglee...hehe...gambar di atas adalah antara sedutan2 yang sempat dirakamkan sebelum kami menghabiskan kek tersebut...mujur ingat..kalo x, mesti korg x caye kan kami makan kek sedap sebab xde bahan bukti...huhu...Apa  pun, terima kasih daun keladi kepada encik yang memberi, lain kali kami mintak lagi...hehe (best x pantun ni?) Kalau nak beli kek macam ni sila la lawati web yang saya dah link kan ni  http://delectable.com.my/ ...okla, mcm banyak je entri harini...sbb tiba2 banyak je idea datang menyerang,,,okla tu...bukan senang idea nak datang dalam sehari....So, jangan jemu membaca entri saya sudah...tp, kalo jemu pun nak buat macam mana ye dak?...senang je, tutup window teruslaaa..hehehe...ape2 pun, selamat malam...Semoga tidur anda disulami mimpi2 yang indah2...:)Jom tidur... (-_-)



7 Keajaiban Dunia...

Pelajar di sebuah sekolah sedang belajar mengenai “Tujuh keajaiban Dunia”. Sebelum mengajar, guru tersebut meminta murid-murid menulis 7 ajaiban dunia yang diaorang tahu, tulis atas kertas dan hantar kepadanya untuk mengetahui pengetahuan am diaorang.  

Semua murid telah menghantarnya walaupun jawapannya kebanyakannya yang kurang tepat. Jawapan standard dioarang ialah Menara condong Pisa,Piramid,Grand Canyon, Taj Mahal etc 

Selepas murid-murid telah menghantar, guru tersebut memerhatikan seorang pelajar yang belum menghantar kertas jawapannya.Guru itu lalu bertanya kepadanya adakah dia mempunyai sebarang masalah…. 

Murid itu menjawab…. “ya, sikit. Saya tidak boleh memilih kerana banyak sangat” 
Guru berkata, “banyak sangat? baiklah, katakan pada kami apa yang awak ada” 
Murid itu diam sejenak,kemudian membaca, “Saya fikir Tujuh Keajaiban Dunia” adalah 
1. Boleh Melihat 
2. Boleh Mendengar 
3. Boleh Menyentuh 
4. Boleh Menyayangi 
5. Boleh Merasa 
6. Boleh ketawa 
7. dan boleh Mencintai 
Kelas pun sunyi sekejap…. 

Renungan….. 
Alangkah mudahnya bagi kita untuk dapat melihat hasil eksploitasi manusia dan kita menyebutnya “Keajaiban“. Sementara untuk semua yang telah Tuhan kurniakan kepada kita, kita menyebutnya sebagai hal “Biasa”…. 
Semoga hari ini anda diingatkan tentang segala hal yang betul – betul ajaib dalam kehidupan anda dan semoga kita tidak akan pernah lupa lagi akan Tujuh Keajaiban Allah dan selalu mensyukurinya. 

Kredit kepada:

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=396565267045524&set=a.237850906250295.52821.237850119583707&type=1&theater

Kasih by Sudirman...

Bersusah payah cari lagu ni...almaklumla, biasa dengar, tapi x berapa peka dengan penyanyinya...Pada awalnya lagu ini dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman dan kemudiannya dinyanyikan oleh Broery Marantika...Tapi saya lebih suka versi asal nyanyian Allahyarham Sudirman...:) Walau apapun, semoga terhibur... Sekarang lagu ini diberi nafas baru dan dinyanyikan semula oleh penyanyi kelahiran akademi fantasia iaitu Akim...Namun, saya masih tercari-cari dan belum jumpa lagi lagu ni dimana-mana laman web...Sekian...

Petua Memutihkan gigi :)

Dalam dok sibuk2 cari petua untuk menghilangkan sakit gigi yang melanda akibat pertumbuhan gigi bongsu yang x berapa nak bongsula ye, terjumpalah beberapa petua memutihkan gigi...hehe... Tak tau la sejauh mana keberkesanannya, tapi tak salah kalau mencuba...Mungkin ada banyak petua untuk sapa2 yang tau, tapi yang saya jumpa, inilah antaranya:

1. Hancurkan dua atau tiga helai daun lalang. Kemudian gosokkan pada gigi.

2. Bakar dua biji pinang tua yang kering hingga menjadi arang. Gosokkan pada gigi dan biarkan seketika. Kemudian cuci dengan air.

3. Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi. Amalkan selalu.

4. Kayu arang juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Tumbuk arang hingga halus. Gosokkan pada gigi.

5. Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi. Selain itu boleh juga menggunakan kulit manggis yang dibakar dan ditumbuk hingga halus. Gunakan ia seperti ubat gigi. Insyaallah gigi akan kelihatan putih berseri tanpa banyak belanja.

6. Ambil buah pinang dan bakarkan ia hingga menjadi arang, lalu tumbuk sehingga menjadi halus. Gosokkan pinang yang telah ditumbuk tadi ke bahagian gigi anda yang kekuningan atau pun hitam. Lakukan petua ini setiap hari. Anda akan dapati gigi anda akan berubah warna menjadi putih cantik.

7. Gunakan garam halus dicampurkan dengan ubat gigi.

8. Sebelum kita mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi. Gosoklah gigi dengan menggunakan SERBUK PENAIK atau lebih di kenali sebagai SODIUM BIKARBONAT terlebih dahulu. Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu dua ke tiga kali. Bukan sekadar ia mampu memutihkan gigi tetapi ia juga dapat menghilangkan PLAK yang amat memalukan dan berbau busuk.

Selamat mencuba kawan2... (^_^)

09 June 2012

Terapi diri...

Pagi2 minum kopi, selamat pagi...cewah...pepagi dah berpantun ye...
Apa khabar semua, semoga sentiasa sihat dan berada di bawah lindungan dan rahmatNya sentiasa... Jangan terkejut pulak kalau pagi2 sabtu ni dah penuh post dengan lagu2 je..almaklumla, hujung minggu kan, nak enjoy2 la sikit...Tambah2 lagi duduk rumah je kan...lagipun kalau korang nak tau, lagu ni juga sebagai salah satu terapi juga bagi kita2 yang tengah penat2 dan stress sikit2 dgn masalah kerja ke, masalah jam ke atau apa saje la...tp, itu cuma pandangan saye... x tau la mcm mana cara korang semua menghilangkan tekanan...Tapi bagi saya ini yang terbaik... Lagi2 kalau dengar lagu nasyid, memang tenang jee...barula sedar sikit bahawa masih ada yang perlu kita ingat bahawa kita masih ada tempat mengadu sungguhpun tiada orang di sekeliling kita...Cuaca harini nampaknya sangat baik juga...mendung2 gitu..memang best la kalau masih nak bermalas-malasan di atas katil...bukan dapat selalu ye x??walau apa pun yang kta semua lakukan, semoga segalanya ENJOY!!...dah.. sambung dengar lagu balik...:)

Tentang rasa...

Aku Suka Dia...

06 June 2012

Corat-coret dihari Rabu

Assalamualaikum...
Hai, apa khabar semua dihari rabu yang sepertinya agak tegang dengan pelbagai kerenah dan telatah...
Namun, Alhamdulillah awal pagi ni, kita telah dianugerahkan nikmat hujan yang sedikit sebanya dapat menyejukkan sedikit bumi yang agak kering dua tiga harini...So, pagi tadi, walaupun terasa agak malas untuk bangun, tetapi demi menunaikan kewajiban dan tanggungjawab, aku gagahi juga...Tetapi rasanya hujan membasahi bumi untuk seketika...Apabila sampai waktu untuk bergerak ke tempat kerja, alhamdulillah hujan telah reda..syukur untuk diriku yang agak kurang gemar memandu diwaktu hujan...tapi, kalau hujan pun redah jugak la kan...:)okla, x tau nak citer apa harini, tp nampaknya seperti harini banyak mood orang tak berapa baik...yeke?ntahlaa...apa yang penting aku happy aje..sebab hari ni mak dan ayah sampai sini...hehe...
Satu lagi yang best harini, dapat makan nasi goreng daging yang memang sama dengan imaginasi...hehe..(mcm terlebih tgk citer katun plak)...pergh memang terbaikla nasi goreng daging kt sup meletup ni...tambah2 lagi ade orang belanja, memang lagi sedapla...hehe (xie xie ni Syazwan) belanja kami semua...Lain kali kena try makanan dia yang lain pulak..hehe....anda nak rasa kesedapannya??pergi la ke kedai sup meletup di bandar kinrara ni...Tapi sebelum tu, anda semua jangan panik, Kedai Sup meletup tu hanya pada nama, kedai tu x meletup pun...elok lagi teguh berdiri..okla ye...nak mengundur diri, tp bukan jalan mengundur...jumpa lagi...:)
Wassalam...

04 June 2012

Selamat Hari Isnin..

Assalamualaikum...salam isnin...
Apa khabar harini, tentunya baik2 saja almaklumla baru masuk keje, mestila masih segar bugar lagi kan?...Harini suasana kembali tenang setelah tamatnya sales dari hush puppies ptg semalam...sempatla kami menjengah petang semalam setelah balik dari kenduri rumah Izzat tu...So far, xde beli apa pun, saje nak jln2..ki3...selepas balik kenduri Izzat semalam, sempatla ktorg pergi karaoke sekejap kt Bandar Tasik Permaisuri...wow, first time pg karaoke kot.. Tp, okla sbb wife abg kimi belanja...hehe, macih kak...pas karok, ape lagi..pegi basahkan tekak sekejap kt bistro kt bawah, dah habis suara kot..hehe...lepak3, sembang3, baru la ktorg blk...ape2 pun, enjoy...Tp, malam td tba2 x boleh tdo..pelik pun ade..dah macam2 usaha dilakukan untuk tdo, tp x berjaya2...kesimpulannya, malam td memang tdo2 ayam je la...akibatnya pg ni pening2 lalat la (x cukup ayam, lalat plak) datang2 keje tgk kt lantai bawah air-cond ade span2 akibat tikus gigit kot...pastu masa nak bersihkan sampah2 tu nak buang dalam tong sampah, ade plak lipas..auw, terkejut jugakla...memang penternak binatang berjaya betul...ape2 pun kerja perlu diteruskan...:)majula sukan untuk negara..eh, ape kena mengena plak...ahaha...(bahana x cukup tdo):p

01 June 2012

01 June 2012

Harini bersamaan dengan 11 Rejab 1433, apa khabar semua?dh ptg baru tanya ye...hehe...esok cuti lagi, horey2, hip2 horey...terlebih sudah...alhamdulillah akhirnya apa yg ditunggu2 telah diperolehi...so, esok cuti seronok sikit...:)...tp, esok duk rumah je kot sebab hari ahad nak keluar ke kenduri rumah rakan sekerja, Izzat... Tahniahla ye Izzat, dah nak jadi suami orang dah...Semoga mampu menjadi imam terbaik buat si isteri...hehe...Nanti Insya Allah kami datang... okla.. dah nak balik dah, sbb dah xde keje sgt ni membebel la sikit...sikit je kan??nnt kita jumpa lagi di lain update...jom balikk...:)