23 December 2012
Selamat Pengantin Baru..
17 December 2012
Salam akhir tahun...
Assalamualaikum wbt...
Apa khabar sahabat2ku semua? Semoga sihat sentiasa Insyaallah... Dah lama x mengupdate blog, so, tetiba nak cuba post sesuatu guna app android... Huhu... Canggih x canggihla... Xyah bwk lptop besar2 dh kemana2 nak menghupdate blog... Guna mini2 pun boleh... Wa caya sama lu...dah mcm iklan plak.... Hehehe... Melawak je, jgn terasa sape2...waaa... Dah pertengahan bln 12 dah... Sekejap je rasa macam baru bln satu 2012...masa semakin bergerak pantas... Masing2 dah sempurnakan azam 2012?hmm...kalau belum, kena cepat2la sbb tggl beberapa hari je lg nak menginjak ke 2013... So, ape ape pun, semoga berjaya mencapai azam msg2...dan skrg ni dah kena pikir azam ape yg nak dibuat thn dpn... Walau ape pun, slmt maju jaya... Semoga tahun depan lebih baik daripada tahun ini... Aamiin....
Wassalam....
28 November 2012
Watak-Hafiz
Mata ke bumi, Hati ke langit
Sabar menanti, Peluang datang
Begitulah
Selepas hujan, Nanti kan nyaman
Sesudah ribut, Pastikan tenang
Setelah sukar, Juakan senang
Lumrahnya
Mundar mandir, Congak resolusi
Kemana haluan hidup ini
Terus tercari-cari
Chorus
Tak esok atau lusa
Malah jua, Mungkin bila-bila
Hidup berubah
Namun kini, Kala ini
Watak sebegini
Ku perlakonkan
Tangan di dagu, Duduk termangu
Kopi secawan, Tidak keruan
Sehari lagi, Kian berlalu
Begitulah
Lambungkan syiling
Betul dan salah
Menang dan kalah
Bukan pengakhir
Segala
Mundar mandir, Congak resolusi
Kemana haluan hidup ini
Terus tercari-cari
Nukilan tak bertajuk...
18 November 2012
Selamatkan mereka....
14 November 2012
05 November 2012
02 November 2012
SELOKA MCD!
30 October 2012
Cuti-cuti Aidiladha...
Belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat semua... Macam mana cuti hari raya anda semua? Semoga segalanya berjalan lancar...
Kek pandan pertama saya
- 1 cawan minyak jagung (sy guna minyak biasa je)
- 1 cawan gula kastor (sy guna gula biasa je)
- 3 biji telur
- 1 1/3 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar baking powder
- pandan emulco/ pati pandan semulajadi. (sy guna esen je)
- Campurkan gula, minyak dan telur di dalam blender. Blend samai kembang.
- ayak tepung beserta baking powder,
- Masukkan bahan yang diblend ke dalam mangkuk dan mula masukkan tepung+baking powder sedikit demi sedikit.
- kacau rata.
- Masukkan pati pandan..
- kacau rata.
- then bakar la. dalam oven. suhu 170 selama 40-50minit.
- siap
29 October 2012
Kisah adik dan abang...
23 October 2012
20 October 2012
Hari-hari yang disunatkan berpuasa dalam Islam
- Puasa enam iaitu puasa yang dijalankan selama enam hari dalam bulan Syawal. Puasa ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal sama ada secara berturut-turut atau tidak.
- Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 haribulan hingga 8 haribulan Zulhijjah.
- Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 haribulan Zulhijjah.
- Puasa pada 9 haribulan Muharram.
- Puasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram.
- Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
- Puasa dalam bulan Sya'ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya'ban.
- Puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis.
- Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah.
Selamat berhujung minggu..
15 October 2012
TERJEMAHAN BACAAN DALAM SOLAT
06 October 2012
ORANG YANG KITA SAYANG
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya
.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
SAYANGILAH MEREKA YANG TERSAYANG!!!
05 October 2012
Praktikal oh praktikal...
This is my very3 best friend...Tq shema sbb sudi jd adik akak sepanjang akak praktikal di MARA...Walaupun adik, tapi belanja akak mcm x hengat...Memang x rasa walau xdak duit..Keluar mkn, x penah keluar duit...Tengok wayang pun x penah keluar duit..Semoga dimurahkan rezeki sentiasa...Aamiin...
Wah, ni time ade majlis kt MARA Negeri kat Ipoh..Kebetulan hari Khamis, so kena pakai baju batiklaa..Cantik x?hehehe...Tq Kak Pah kerana menaja pakaian sy haritu...Hehehe...
Ini hari paling sedih sekali...Iaitu hari terakhir praktikal di MARA...sob3..Tq semua Pn. Aini, Kak Pah, Kak Zah...Shema mana?oh, yg ambik gmbr...hehehe..Tq semua bg hadiah...Time ni la sy br lepas ambik lesen motor...Sebagai bukti tgkla warna kulit wajah sy...Hahaha...Mmg x dpt le nak tlg...
Ni sehari sblm habis praktikal kalau x silap...Mereka siap booking meja unt sy...Wah, terharu rasanya....So, kt sini mkn ikan siakap 3 rasa, tomyam, sayur, dan mcm2 lg la...Ahaha, mmg nmpk gigi je la sy di sini...
Ni kesinambungan majlis perpisahan yang kt atas td...Gler glamor sampai 2 kali majlis...ahaha..Masa ni makan ape ke? Nasi tomato kot..x berapa nak igt..Tapi apa2 pun terima kasih semua...Walaupun kta jauh dimata, tapi kalian tetap dekat di hati saya...Semoga terus sukses...
Waktu belajar...
Time ni lepas habis kelas mandarin pada hari cuti..huhu...Sbb org lain cuti, kita ke kelas, inilah akibatnya...
Ketika Lawatan sambil belajar ke Cameron Highland untuk subjek Perniagaan Keluarga...Sempat lagi bergambar dengan bunga...
27 September 2012
Jika...
Sebagai permaisuri hati,
Pimpinlah aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka....
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Tutuplah matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah2 terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan boleh menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.
Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang boleh mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.
Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahuilah,
Aku akan memilihmu keranaNya.
Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah ♥ Kau memilih aku kerana DIA ♥
25 September 2012
hehehe...
Cilok dari mana x ingat...
FRIENDSHIP
19 September 2012
Cak!!
Kepada mereka yang suka menimbulkan kekecohan, sama2 renungkan apa yang terjadi di Palestin, Somalia yang semuanya mahukan kemerdekaan dan kesejahteraan.. Semoga itu semua dapat dijadikan pedoman dan renungan supaya kita lebih menghargai apa yang ada... Okla, celoteh panjang2 pun x best jugak.. Nnt ada yg jemu.. Hari pun dah malam.. So, mohle kite tidur merehatkan mental dan fizikal setelah penat bekerja seharian... Assalamualaikum.. Selamat malam...