Pages

22 June 2010

Buat Insan Yang Diuji

www.iLuvislam.com
Oleh: shi_xunia
Editor: niahani


Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.

Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).

Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.

17 June 2010

Satu, dua, tiga, empat..

Satu...
kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu

Dua...
sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga...
lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah

Empat...
mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu

Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman

Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

p/s: lagu ini ditujukan untuk ibu dan ayah tercinta yang menjaga serta mendidikku dari kecil sehingga ke hari ini...Selamat Hari Bapa

01 June 2010

Pertemuan dan perpisahan

Semalam menyaksikan dua orang lagi rakan sekerjaku yang mula menyertai syarikat ini sama denganku meninggalkan tempat kerja mereka untuk mencari pengalaman kerja di tempat lain.. Mereka telah mengikut jejak langkah dua orang rakan yang juga sama-sama masuk ke sini yang telah meninggalkan syarikat ini terlebih dahulu..Aku agak sedih dengan pemergian mereka lantaran mereka merupakan antara rakan sekerja yang rapat denganku.. Aku rasa hari-hari di pejabat ini semakin membosankan kerana mereka merupakan rakan sekerja yang banyak menghabiskan waktu bersamaku walaupun berada dalam jabatan yang berbeza..Justeru, ketiadaan mereka menyebabkan aku tinggal keseorangan tambahan bilangan pekerja yang tidak begitu ramai membuatkan pejabat ini semakin sunyi..kini aku hanya menghitung hari kerana boss ku juga akan mengangkat kaki meninggalkan tempat kerjanya yang telah diduduki selama 5 tahun..betapa bosannya bekerja di dalam bangunan yang besar tetapi hanya diduduki oleh beberapa orang pekerja sahaja..betapa cepatnya masa berlalu..kami seperti baru sahaja diterima untuk bekerja disini, namun kini, hanya tinggal aku seorang sahaja yang masih di sini...adakah aku juga akan pergi seperti mereka...hm...masih dlm kesamaran lagi...aku harap, walau apa pun yang terjadi, aku mampu menghadapinya dengan tabah...