Pages

16 November 2010

Kelebihan Surah Yaasin...

Kelebihan Surah Yaasin...

Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri

Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.

Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam

Ayat 33 - 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan .Untuk doa ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.

Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x .
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Seelok-eloknya dibaca :

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.
Wallahualam.

01 October 2010

Minda: Mensyukuri nikmat sihat

Minda: Mensyukuri nikmat sihat

Oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir
Harian Metro

2010/10/01

SESUNGGUHNYA tidak terhitung kita betapa banyaknya nikmat Allah yang dikecapi semasa hidup di dunia. Kita tidak pernah putus menerima nikmat Allah, kecuali bila kita mati barulah nikmati itu terhenti. Sebagai contoh, nikmat mata dapat melihat, nikmat kaki dapat berjalan, nikmat tangan dapat bergerak, nikmat mulut dapat makan. Semua nikmat itu Allah berikan kepada kita secara percuma. Oleh demikian, kita patut mengucap syukur selalu kepada-Nya.

Satu lagi nikmat Allah yang kurang kita beri perhatian ialah nikmat sihat. Justeru, semasa sihat ramai di kalangan kita tidak ambil kisah untuk menjaga kesihatan. Bila sudah dapat penyakit baru sedar betapa mahalnya nilai kesihatan itu dalam kehidupan. Ada orang sanggup membelanjakan sejumlah wang yang banyak semata-mata untuk berubat bagi mendapatkan kembali nikmat sihat yang pernah dikecapi.

Bagi orang yang sudah terlantar sakit, sebut berapa saja jumlah wang yang perlu dibayar untuk ubat, dia sanggup sediakan demi untuk dirinya kembali sihat. Biasanya di waktu sakit baru timbul keinsafan betapa tubuh yang sihat itu lebih mahal nilainya daripada segala-galanya yang ada di dunia baik wang mahu pun harta benda. Isteri cantik atau suami kacak sudah tidak memberi apa-apa makna kalau diri terlantar sakit. Tidak siapa boleh nafikan betapa tubuh yang sihat membolehkan seseorang itu melakukan apa saja kerja dengan baik dan sempurna, termasuklah mengerjakan amal ibadat kepada Allah. Tetapi ada di kalangan kita tidak menjaga kesihatan sebaik-baiknya ketika sihat sehingga Nabi Muhammad s.a.w pernah mengingatkan umatnya tentang hal ini. Sabda Rasulullah bermaksud: “Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang.” (Hadis riwayat Al-Bukhari) Sudah jadi lumrah dunia, kebiasaannya orang sihat jarang memikirkan tentang sakit. Justeru, orang sihat bila makan selalu gelojoh dan tidak ikut peraturan. Selagi boleh makan dia makan sungguh-sungguh. Selagi tidak kenyang dia tidak berhenti makan, tak kira apa yang dia makan itu boleh mendatangkan mudarat kepada tubuhnya atau tidak. Selagi ada selera dia makan sepuas-puasnya.

Tetapi lain halnya bagi orang yang tidak sihat seperti mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis atau jantung. Orang yang berpenyakit selalu merindui sihat. Boleh dikatakan dua puluh empat jam dia berharap dan berdoa supaya kembali sihat seperti orang lain. Oleh kerana inginkan sihat, dia mula makan ikut peraturan seperti yang dinasihatkan doktor. Makannya tidak lagi ikut kata hati dan cukup berhati-hati. Makannya juga terhad. Semua itu dilakukan kerana ingin cepat sembuh daripada penyakit dan kembali sihat seperti dulu. Seharusnyalah ketika tubuh sihat inilah kita perlu muhasabah diri dan mengucap syukur atas nikmat sihat yang Allah berikan kepada kita. Allah mengurniakan tubuh sihat bukan semata-mata untuk kita bekerja mencari rezeki untuk diri kita dan keluarga, tetapi pada waktu sama Allah mahukan kita mengerjakan amal ibadat seperti yang diperintahkan-Nya terutama solat fardu lima waktu.

Tidak ada alasan untuk kita meninggalkan solat ketika tubuh sihat. Sesibuk mana pun kita bekerja kerana mencari nafkah untuk keluarga, bila masuk waktu kita perlu solat. Solat tidak boleh kita tinggalkan kerana kita mampu mengerjakannya.

Semasa sihat inilah juga kita selalu diingatkan supaya banyak berzikir dan mengingati Allah. Bila kita ingat kepada Allah nescaya Allah juga akan ingat kepada kita. Ada sebuah riwayat yang menyebutkan mengenai seorang hamba Allah yang soleh telah mencapai usia 70 tahun tetapi masih sihat. Ketika ditanya seorang hamba Allah dia menjawab, “Anggota badanku ini sejak kecil aku jaga untuk selalu taat kepada Allah s.w.t. Oleh kerana itu Allah menjaganya untukku di saat aku sudah tua.” Nikmat sihat adalah paling agung yang sentiasa diharapkan setiap manusia di bumi ini agar dapat hidup bahagia dan sejahtera. Manusia boleh melakukan apa saja kerja jika sihat dan sekali gus menunaikan kewajipan kepada Allah yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah dan keduanya (baik yang kuat atau yang lemah) memiliki kebaikan.” (Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).

Dalam sebuah hadis lain daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya yang ditanyakan pertama kali kepada hamba di hari kiamat - maksudnya tentang nikmat - adalah dikatakan, ‘Bukankah Aku telah menyihatkan tubuhmu dan menyegarkanmu dengan air yang dingin.” (Hadis riwayat Tirmizi) Mereka yang menghargai kesihatan sentiasa ingat dan mengucap syukur kepada Allah. Nikmat sihat yang Allah kurniakan kepadanya itu tambah menguatkan lagi perasaan cinta dan takwa terhadap Allah. Nabi Muhammad mengerjakan solat tahajud di waktu malam bagi melahirkan rasa syukur kepada Allah.

Apabila ditanya Aisyah r.a. kepada baginda kenapa melakukan perbuatan itu padahal Allah telah mengampuni dosa baginda yang telah lalu dan akan datang, maka jawab baginda: “Tidak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur?” Sesungguhnya tubuh yang sihat tidak memberi makna apa-apa sekiranya kita lupa kebesaran Allah dan pada waktu yang sama tidak digunakan untuk mentaati Allah dengan mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan apa yang ditegah-Nya. Badan sihat jadi sia-sia jika tidak dimanfaatkan untuk kebaikan dan kebahagiaan di akhirat kelak, di samping dapatkan juga kebaikan dan kebahagiaan di dunia.

Amat rugi hidup seseorang Muslim kalau badannya sihat, kuat dan bertenaga dihabiskan dengan kerja maksiat dan melakukan amalan yang dilarang-Nya. Tambah malang lagi jika umur panjang tanpa amalan soleh sebagai bekalan di hari kemudian.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Kekayaan tidak akan menimbulkan bahaya bagi orang yang bertakwa. Kesihatan bagi orang yang bertakwa lebih baik daripada kekayaan. Dan keadaan jiwa yang baik adalah bahagian daripada nikmat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Sebagai khalifah Allah di dunia ini, orang yang sihat tubuh badannya juga akan diuji Allah dengan pelbagai dugaan dan musibah. Semua itu untuk menguji tahap kesabaran kita sejauh mana tebalnya iman kita kepada Allah. Hanya mereka yang sabar berjaya melepasi ujian ini.

Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 146 yang bermaksud: “Allah menyukai orang-orang yang sabar.” Dalam surah lain pula Allah berfirman yang bermaksud: “Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.’ Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh petunjuk.” (Al-Baqarah ayat 155-157).

Masa sihat adalah sebaik-baik masa memperbanyakkan amal ibadat seperti solat, puasa sunat dan jika berkemampuan di segi kewangan segeralah pergi mengerjakan umrah dan haji. Kita tidak mahu apabila sakit dan tidak berupaya untuk bergerak, saat itu baru ada kesedaran untuk membuat amal ibadat sebanyak mungkin, tetapi sudah terlewat.

Orang sakit tidak mampu melakukan kerja-kerja seperti orang sihat. Justeru, pesan Nabi Muhammad dalam sebuah hadis seperti yang diriwayatkan oleh Hakim amat baik dijadikan ingatan bagi setiap Muslim, iaitu ambillah peluang lima perkara sebelum dihilangkan (didatangi) lima perkara.

Lima perkara yang dimaksudkan itu ialah peluang masa mudamu sebelum datang tuamu, peluang masa kayamu sebelum datang fakirmu, peluang masa lapangmu sebelum datang kesibukanmu, peluang masa sihatmu sebelum datang sakitmu dan peluang masa hidupmu sebelum datang matimu.

09 August 2010

Trouble Is A Friend by Lenka

Trouble Is A Friend

Trouble he will find you no matter where you go, oh oh
No matter if you're fast, no matter if you're slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the mourn, oh oh
You're fine for a while but you start to lose control

He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don't forget as you ease on down the road

He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh

So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Oh how I hate the way he makes me feel
And how I try to make him leave, I try
Oh oh, I try!

He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh

So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
Ooo, oh ooo, ooo ahh

06 August 2010

Menjahit

Hari ni nak syer sikit cerita pasal menjahit ni...okla, sekarang ni aku mula berjinak2 dalam perniagaan menjahit baju dan tudung...so, agak sibuk la hari2 ku sekarang ni tambahan musim perayaan bakal menjelma..sebenarnya aku ni bukan la terror sangat bab menjahit ni, tapi bolehla untuk aku mencari duit lebih..maklumlah, sekarang ni banyak duit nak guna sebab barang dah banyak meningkat harganya..so, kalau berharap kepada gajiku, hanya cukup untuk aku seorang sahaja...hehe...demi mencari duit raya lebih, aku mencuba perniagaan ini secara sambilan..bila waktu malam pulang dari kerja, aku akan mula menjahit sebagai mengisi masa senggangku sebelum tidur....tp, kadang2 miss jugak...bile ade citer best macam janji kekasih malam ni..hehe..tp, xpe sebab esok cuti..bleh la aku menjahit agak lewat...tp, aku rasa badanku seperti x berapa sihat..mujur juga esok cuti...boleh la aku berehat esok harinya..jika tidak, pasti aku akan tersengguk2 di opiz keesokannya..hehe...nampaknya harini aku kena siapkan menjahit untuk Qin sebab esok dah nak hantar kepadanya..sempat ke???aku berdoa semoga Tuhan memberi aku kemudahan dan kekuatan untuk menyiapkannya...kerana minggu depan aku perlu memulakan tempahan dr kak zaza untuk butiknya. semoga aku diberi kesihatan Ya Allah...

05 August 2010

Persiap diri rebut rahmat Ramadan

Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh
salidasuhaila99@yahoo.com
2010/08/05
Berita Harian
Puasa bukan bulan berpesta makanan tapi masa terbaik bermuhasabah, tingkat amalan


RAMADAN sentiasa dinanti seluruh umat Islam kerana inilah saat apabila siang harinya mereka yang berpuasa menahan diri daripada makan serta minum sementara malam harinya diisi dengan aktiviti meningkatkan ibadat yang boleh dilaksanakan pada Ramadan saja. Bercerita mengenai Ramadan, ada yang rindukan waktu bersahur, ada menantikan kegembiraan berbuka puasa yang turut menjanjikan pahala jika sikapnya ialah bersederhana dan ada teringatkan keistimewaan hanya ada pada malamnya. Tarawih dan solat malam sudah tentu diisi semaksimum mungkin dan diselangi tadarus al-Quran. Ramai yang mengambil peluang mengerjakan umrah dan bersedekah kerana ingin merebut ganjaran kebaikan berlipat ganda.

Permulaannya rahmat, pertengahan pengampunan dan penghujungnya terlepas daripada neraka jahanam. Inilah yang mahu dikejar sesiapa saja inginkan penghabisan usia yang baik. Mereka yang bersalah memohon maaf, si sombong menghulur senyum dan jahat mula bertaubat.

Begitu juga yang selama ini takbur tidak putus bersujud memohon keampunan, memohon pelepasan daripada dosa yang terhimpun sekian lama.

Indahnya Ramadan, paginya hening untuk yang insaf, siangnya pendek untuk yang sabar dan malamnya panjang untuk yang bertaubat. Selain menahan diri daripada lapar dan dahaga, berpuasa juga menahan diri melakukan perbuatan maksiat.
Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183)

Orang berpuasa ialah orang yang bertakwa, menjaga hati daripada sangsi terhadap kekuasaan Allah dan kebaikan saudara seagama. Mereka menjaga mata daripada memandang sesuatu tidak selayaknya dan menjaga hidung menghidu sesuatu mengurangkan pahala.

Mereka menjaga telinga dan suara membawa berita bohong, menjaga lidah daripada membicarakan hal tidak berfaedah, mengumpat, mencaci, menipu dan memfitnah serta menjaga tubuh badan lain yang melekakan daripada mengingati Yang Maha Berkuasa.

Sesiapa meninggalkan ibadat puasa tanpa izin syarie tidak akan dapat menggantikan hari itu pada mana-mana hari, meskipun ia berpuasa seumur hidupnya.

Rasulullah SAW menegaskan dalam hadis diriwayatkan Imam at-Tarmizi yang mafhumnya: “Daripada Abi Hurairah, bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa berbuka satu hari pada Ramadan tanpa ada rukhsah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkan itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.”

Pada Ramadan inilah ibu wajar meluangkan masa berganda bersama anak untuk mendidik mereka mematuhi hukum agama. Selain puasa, rukun Islam lainnya wajar diterapkan supaya hati mereka dekat dengan Yang Maha Pencipta.

Anak bukan saja perlu difahamkan dengan apa yang terakam dalam kitab suci, juga amalan ditunjukkan oleh ibu bapa sebagai pendakwah paling hampir dengan mereka.

Tunjuk ajar yang betul pada peringkat awal usia anak menghadapi Ramadan menjadi batu asas yang kuat untuk mereka beristiqamah dengan fahaman puasa sebenarnya iaitu bukan hanya berlapar dan dahaga, juga tidak membazir ketika berbuka.

Sudah tentu setiap isteri menantikan tunjuk ajar suami dalam meningkatkan ibadat kepada Allah SWT. Walaupun menyediakan juadah bersahur dan berbuka besar pahalanya, ia tidak cukup puas jika tidak berjemaah sewaktu qiamullail, terutama apabila tiba lailatul qadar yang datang hanya sekali.

Justeru, setiap suami harus mengambil kesempatan dari saat ini untuk menyiapkan diri membimbing anak dan isteri menghadapi Ramadan supaya lebih baik daripada yang sebelumnya.

Penulis ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pelajaran di United Kingdom

03 August 2010

Hukum berFB

Dari akhbar Harian Metro...


SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'?
Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had

KESIMPULAN
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:


a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

02 August 2010

aku menulis

asslamualaikum w.b.t
Rasanya sudah terlalu lama tidak menjengah ke laman ini...tiba2 hati terasa ingin mencoret sesuatu di sini...sedarkah kita, hanya tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan nikmatNya..Insya Allah bulan yang dinanti2kan oleh umat Islam seluruh dunia...tidak sangka rasanya masa berlalu begitu pantas..terasa seperti baru semalam menunaikan solat terawikh bersama ibu di masjid Taqiuddin Kg Permatang Guntong...tetapi kini, aku bakal menjalani ibadah puasa di bumi yang satu ketika dahulu ingin sangat aku elakkan...Tetapi siapalah aku untuk merencana semua ini...Alhamdullilah, rezeki masih ada buatku...namun, jauh disudut hati, aku amat berharap supaya aku dapat pulang ke kampung halamanku...kerana di sana masih ada dua insan penting dalam hidupku yang memerlukan teman yang pastinya amat mereka harapkan dikala waktu-waktu kesusahan...sehingga saat ini aku masih berusaha untuk mencari alasan supaya aku dapat pulang ke sana..tetapi apakan daya, rezekiku belum ada untuk ku pulang ke sana..

22 June 2010

Buat Insan Yang Diuji

www.iLuvislam.com
Oleh: shi_xunia
Editor: niahani


Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.

Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).

Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.

17 June 2010

Satu, dua, tiga, empat..

Satu...
kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu

Dua...
sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga...
lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah

Empat...
mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu

Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman

Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

p/s: lagu ini ditujukan untuk ibu dan ayah tercinta yang menjaga serta mendidikku dari kecil sehingga ke hari ini...Selamat Hari Bapa

01 June 2010

Pertemuan dan perpisahan

Semalam menyaksikan dua orang lagi rakan sekerjaku yang mula menyertai syarikat ini sama denganku meninggalkan tempat kerja mereka untuk mencari pengalaman kerja di tempat lain.. Mereka telah mengikut jejak langkah dua orang rakan yang juga sama-sama masuk ke sini yang telah meninggalkan syarikat ini terlebih dahulu..Aku agak sedih dengan pemergian mereka lantaran mereka merupakan antara rakan sekerja yang rapat denganku.. Aku rasa hari-hari di pejabat ini semakin membosankan kerana mereka merupakan rakan sekerja yang banyak menghabiskan waktu bersamaku walaupun berada dalam jabatan yang berbeza..Justeru, ketiadaan mereka menyebabkan aku tinggal keseorangan tambahan bilangan pekerja yang tidak begitu ramai membuatkan pejabat ini semakin sunyi..kini aku hanya menghitung hari kerana boss ku juga akan mengangkat kaki meninggalkan tempat kerjanya yang telah diduduki selama 5 tahun..betapa bosannya bekerja di dalam bangunan yang besar tetapi hanya diduduki oleh beberapa orang pekerja sahaja..betapa cepatnya masa berlalu..kami seperti baru sahaja diterima untuk bekerja disini, namun kini, hanya tinggal aku seorang sahaja yang masih di sini...adakah aku juga akan pergi seperti mereka...hm...masih dlm kesamaran lagi...aku harap, walau apa pun yang terjadi, aku mampu menghadapinya dengan tabah...

10 May 2010

Ibu

Belaian Ibu
Artist: Hijjaz
Album: Damai

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu

p/s: lagu ini kudedikasikan untuk Ibuku yang tersayang...Selamat Hari Ibu, mak...

04 May 2010

Surat Adam untuk Hawa

Surat Adam untuk Hawa
www.iLuvislam.com
nias
editor : everjihad

Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..

Hawa....
Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini....

Hawa....
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....

Hawa....
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa...cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah..

Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami,kaum ajnabimu?

Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...

Sedarkah kau Hawa.....?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!

Hawa....
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.

Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini....

Hawa....
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa..Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya.Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! Banyaknya seksaan menantimu!...

Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!

Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?

Hawa...
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?
Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa....
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.

Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.....


Firman Allah swt:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Hawa....
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...

Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....Akhir kata ,ketahuilah.............


“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH”

03 May 2010

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita
www.iLuvislam.com
oleh : everjihad

*****

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.

Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.

Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.

"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...

Sumber : Sekretariat NYDP2 MPP Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

27 April 2010

Salam Perkenalan

Assalamualaikum...
Sekadar ingin mengucapkan terima kasih kpd sesiapa yg terbaca blog ini...
Blog ini diwujudkan unt suka2 sementelah ia seperti menjadi trend masa kini yg berlumba2 untuk membuat blog...jd sekadar menyelit, terhasillah blog ini...jumpa lg...