Assalamualaikum dan selamat petang....
Alhamdullillah masih berada di kampung sambung cuti sampai hari selasa...best rasanya dapat cuti panjang2 ni....Nikmatnya...Terima kasih Ya Allah dapat cuti di kampung bersama makbapakku dan anak2 buahku....
Sebelum terlupa niat hati mengupdate blog ni nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kawan baikku ketika kami sama2 belajar di UUM dahulu, Hafsah dan pasangan, kalau tak silap namanya Luqman (sama mcm anak buahku namanya) Maaf tidak dapat menghadirkan diri ke Majlis kerana telah berjanji dengan keluarga dikampung untuk balik...Walaupun tak dapat datang, saya iringi doa Semoga berbahagia dan kekal hingga ke syurga..Aamiin... Tahniah, dah jadi isteri orang... Tak sangka kan, kejap je masa berlalu... Dari kita zaman bujang2 dulu, buat assignment sama2, pergi jalan2 sama2, pergi Langkawi sama2, jadi adik beradik angkat sekali, last2 awak kawen dulu...huhu...Nampaknye nanti awak dapat anak dulu la...hehehe... So, semoga menjadi isteri yang solehah, jangan nakal2 lagi..awak tu dah jadi isteri orang... Kalau awak terbaca blog ni Selamat Pengantin Baru lagi sekali....Daaaaaaaaaaaaaa.........
Pergi ke Sungai menangkap ikan,
Ikan dimasak bersama pucuk pegaga,
Selamat Pengantin Baru saya ucapkan,
Semoga Kekal hingga ke pintu Syurga.
Wassalam....
No comments:
Post a Comment