Pages

28 November 2012

Nukilan tak bertajuk...

Assalamualaikum wbt....

Tetiba rasa nak menulis plak harini di petang2 begini...hmm...tapi, tetiba rasa cam x tau nak tulis ape...
saje nak hilangkan perasaan yang tetiba dtg ni...
Ye, setiap org mempunyai perasaan...Ada suka, ada duka, ada gembira, sedih...
Kadang2 ada yang menangis ketika menerima berita gembira dan tak kurang jugak yang tetap tenang walaupun menerima berita sedih...hmm...begitulah kehidupan....
Tangisan dan ketawa seperti irama kehidupan seperti muzik dalam lagu yang tidak dapat dipisahkan ibarat aur dengan tebing, isi dgn kuku...
Andainya tiada ketawa atau senyuman, pasti tiada tangisan kerana sesungguhnya bayi yang baru lahir juga akan dipaksa menangis dan ketika itu akan terpamerlah senyuman si ayah dan ibu.....
Sedangkan pepatah juga ada mengatakan berakit2 kehulu, berenang2 ketepian, bersakit2 dahulu bersenang2 kemudian...
Tidak kurang juga terdapat mereka yang bahagia pada awalnya tetapi akan diuji dengan kesusahan... 
Tetapi setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
Kadang2 Allah sengaja memberikan kita ujian untuk memberikan yang lebih baik... 
Sedangkan kita sendiri kalau x bekerja tidak dapat duit inikan pula kebahagiaan pastinya menuntut pengorbanan... 
Sesungguhnya Allah tidak akan membebani kita melebihi kemampuan kita....
Wallahu'alam....

No comments:

Post a Comment