Pages

11 May 2013

Laici kang je..

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...

Ketika post ini ditulis dan diupload, sy masih berada di Giant Seri Kembangan... Sesaja lepak kat food courtnya dipetang2 hari ni, so sy sempat menikmati secawan laici kang.. Tapi sebenarnya hajat di hati nak makan cendol, tapi xde la pulak... Ape2 pun, sedap gak laici kang ni... Akhir kata, semoga anda semua dan saya enjoy dgn hujung minggu kita... Sekian... Cau cin cau... Zasss.....

Wassalam...

07 May 2013

Reunion x semesra 2002...

Assalamualaikum wbt...

Alhmdulillah masih diberi kesempatan meneruskan hidup sebagai khalifah dimuka bumi ini..

Pada 4 mei yang lalu saya sempat menyertai majlis reunion yang dikedalikan oleh bekas2 pelajar Semesra SPM 2002... Alhmdulillah majlis berjalan lancar walaupun ketika itu kempen pilihanraya pd saat2 akhir masih sibuk diadakan.. Majlis yg diadakan di Mutiara Seafood, Teluk Intan tetap meriah walaupun sebilangan besar gagal menghadirkan diri akibat masalah2 tertentu.. Kami sempat mengimbas nostalgia2 zaman sekolah dahulu.. Tidak kurang juga bercerita pasal kerjaya masing2, dan macam2 lagila.. 

Kesimpulannya pertemuan selepas bertahun2 tidak bersua dapat mengeratkan kembali tali silaturrahim kami semua.. Terima kasih kepada semua yang hadir.. Semoga kita bertemu lagi di pertemuan yang akan datang, In sha Allah...


Wassalam...

05 May 2013

Selamat mengundi...

Assalamualaikum...

Apa khabar semua?...

Alhmdulillah, tahun ni saya sempat merasai suasana mengundi yg diadakan 5 tahun sekali... Kiranya pertama kali mengundi lah ni.. Untuk pilihanraya sebelum ini, tidak berkesempatan kerana belum mendaftar sementelah masih belajar lagi ketika itu... Perasaan ingin mengundi untuk kali pertama ini rasanya seperti ingin memasuki dewan peperiksaan pulak... Nerbes kot(hew hew)... Walau ape pun semuanya telah selamat dan masih berdebar2 untuk mengetahui keputusannya... Semoga walau siapa pun yg menang, kita dapat mengekalkan keamanan dan kedaulatan negara kita yg tercinta...

Wassalam..

Bukti saya mengundi...